Monday, April 30, 2012

eh.... esok dah Mei



sungguh cepat masa berlalu
tak terasa dah penghujung april
benarlah masa tak menunggu
bukalah mata jangan dok bebel

eh.... macamana boleh berpantun
ini mesti tak ada idea nak memblog
pejam celik dah nak setengah tahun
kalau masih lalai sila ketuk

eh.... pantun dah dua rangkap
terer juga aku ni berpantun spontan
hari nie berlalu agak lembab
bos tak da aku surfing sakan

eh.... dah masuk rangkap empat
nang boleh tahan bila dah bosan
ingatkan esok nak bangun lambat
si barry pulak ada aktiviti sukan

eh.... esok dah masuk bulan Mei
hujung bulan dah sedia nak Gawai
esok kita cuti public holiday
bawalah famili pergi bersantai



No comments: