Tuesday, November 19, 2013

Dua Purnama



Genap 2 bulan sudah kau bersemadi di sana
Syukur Tuhan memberi kita peluang bersama seketika
Tiada yang lebih indah dari mencintaimu, bersuka-duka denganmu, berkasih-sayang denganmu.

Akan ku teruskan pegangan hidup kita bersama,
Akan ku pastikan anak-anak kita memperakunya jua, iaitu:

- bersederhana dalam menjalani kehidupan harian
- menghormati orang tidak mengenal darjat, pangkat, bangsa, agama dan keturunan
- tidak tamak dan haloba
- sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
- rezeki bukan wang semata tapi  hadirnya rakan taulan disisimu dan anugerah kesihatan yang baik juga

Bersemadilah dengan tenang....




3 comments:

Mama Embok said...

tedah Cyntia....

harap bersabar k geng...

takziah lagi..

Miss reading ur funny posts..

k. take care..

Puan Saiman said...

my dear sis Tia,

so sorry sis... baru saya terbaca you punya post ni...takziah dari kami sekeluarga.

*Salam kasih sayang dan peluk kuat2 dari jauh*

lily lotus said...

sebak baca this entry. be strong sis...

There was an error in this gadget