Thursday, November 13, 2014

Rezeki datang pelbagai cara.


Aku percaya rezeki didatangkan Tuhan kepada kita dalam pelbagai cara.
Secara langsung dan tak langsung.

Jika kita sendiri sehat, anak-anak kita sehat....
Itu pun rezeki namanya.  Rezeki kesihatan.

Jika apa saja urusan yang kita lakukan, dan jalannya mudah saja.
Itu pun rezeki namanya. Rezeki pengurusan.

Jika belanja kehidupan harian kita cukup.  Makan cukup, pakai cukup.
Dapat beri mak bapa. Dapat bayar hutang kereta dan rumah.
Itu pun rezeki namanya. Rezeki kewangan.

Jika teman-teman kita ramai, baik waktu suka dan duka.
Bila kita keperluan, ramai yang tidak berkira untuk membantu.
Itu pun rezeki namanya. Rezeki silaturahim.

Pokoknya kita harus sentiasa bersyukur atas pemberianNya.

Citer pagi ni.
Kak Mas (our receptionist) : Aiee eh.  Kacak na rambut kitak pagi tok.  Macam di set jak.  Beralun jak.
Aku: He he he.... rambut sik cuci tiga hari dah tok.



Rezeki ku datang pada rambutku ... rambut natural curl.  Dulu sentiasa berambut pendek.  Kali ini aku nak cuba berambut panjang.  Tengoklah setakat mana tahannya nanti.  Last sekali gunting rambut ialah bulan Mei lalu.  Kini bila semakin panjang, ikal dan alunan or ombak golongan rambutku mula terserlah.  Macam spring pun ada.  

Tang mana pulak rezekinya tu?
Kalau orang berambut lurus, nak dapatkan bentuk rambutku kini paling murah pun RM100 ongkosnya. Tu belum kos highlight and treatment lagi.  Nak maintain lagi lain ongkosnya untuk beberapa bulan kemudian.  Bersyukurlah.... walaupun ada masanya rambutku menggerbang macam rambut Hantu Kak Limah!


2 comments:

Coffee Girl said...

Dah trademark dah rambut ya ngeng... :-)

Tia said...

Coffee Girl,
Hahahahaha..... kelak ku register di MYIPO.