Wednesday, July 30, 2008

Pondok Buruk

Pondok buruk ni rumah kebun kita orang (org Johor memang ber’kita’, pernah duduk lama kat Johor dulu, ni kita citer keumudian le). 2 bilik tidur, dapurnya kat luar dan bilik air kat luar. Ada kemudahan eletrik tau! Jgn main-main. Sometimes, during the weekend atau school holidays, we will go here. Kekadang bermalam kekadang just day trip. The kids memang suka pergi sini, begitu juga mamanya. Kenapa? Mandi-manda di sungai belakang rumah kebun tu ha! Kita boleh jadi badak, berendam 2 hingga 3 jam dalam air… tengoklah gambar kat bawah ni…


Tangga curam untuk turun ke sungai. Kalau musim banjir, air akan naik sehingga setengah tinggi tangga or even sampai ke pangkalnya.

Tebing sungai, berpasir dan berbatu.
Barry Belian, Cheryl Cengal, Cousin Boboy dan Cousin Ae’en


Can swim or not? No. Part tu yang ruginya. Main di tempat cetek je lah jawabnya.

Berdekatan dengan area ni ada sebuah air terjun. Ramai pengunjung especially hujung minggu. Kalau hari biasa, orang kampong yang bermandi-manda di sini.

Papanya Belian n Cengal akan buat kerja-kerja pekebunannya lah. Ada lebih 100 pokok durian kat situ. Pokok rambutan dan cempedak pun ada. Ada nanas, pokok ubi dan sayuran juga.Tapi dua tiga tahun kebelakangan ini, pokok2 durian tak menghasilkan buah sangat. Tapi kalau musimya betul, tak termakan buahnya. Banyak yang dijadikan tempoyak! Masa nilah kebun tu meriah dengan member2 yang datang nak makan durian dan mengutip buah durian. Sesi karaoke dalam hutan pun ada!

Mamanya pula, jaga budak-budak main air. Berkebun atau buat kerja ‘bumi hijau’? Minta maaf lah ye. Brought up in bandar, pegang parang pun tak betul. Bukan sombong, tapi itulah kebenarannya. Tapi ada juga cuba berjinak-jinak untuk bercucuk tanam… he he he…. Kena gigit nyamuk sikit dah habis ‘menggatal’ satu badan. Tolong masak boleh lah..

Memang satu tempat yang sesuai untuk merelease tension dan stress! Hijau sungguh dan udara bersih. Kalau malam hari sejuk dan hebat dengan bunyi penghuni hutan… ha ha ha..macam-macam boleh dengar. Pernah satu ketika, ada live band kat kebun ni.


Anyone want to join us here?

2 comments:

Beruang Madu said...

Oh bestnya... teringat kat sungai kecik kat kampung tu... nak mandi sungai...uwaaaaaa!!!!

One Other ... said...

Fuiyooo... mesti best pakai camping kan? bila tek?

There was an error in this gadget