Friday, August 06, 2010

pokok lada, buah naga buah anggur


barry: bila aku besar nanti aku nak jadi arkitek. kalau tak dapat jadi arkitek, aku nak jadi petani moden. bolehkah? daddy aku rajin siap tanam semua untuk aku bila besar nanti... ha ha ha..

kalau kat amerika, jadi petani moden itu sudah kaya. ladang gandum, ladang anggur dan ladang limau beratus beribu ekar. ladang gandum, ladang annggur dan ladang limau beratus beribu ekar. kita jadi pekebun kecil lada hitam cukuplah. berbudi kepada tanah. ini daddynya punya hobi. tiap hujung minggu ke sinilah dia menghabiskan masa. kalau biasa seharian di pejabat yang beraircond, hujung minggu pulak mengeluarkan peluh mengerjakan tanah kebun. tentunya ada assitstant setia sampai mati import dari negara seberang yang membantunya.

kalau aku pegang cangkul pun terkial-kial, pegang senduk bolehlah. so, orang kerja kebun, kita tolong masak je lah...

cantikkan the view? rasanya macam kat ladang anggur yang selalu keluar kat movie omputih. berangan sikit. well, anyway below are photos of ladang anggur taken by daddy when he was in France last May on official duty.

really breathtaking picturesque !!!

daddynya pun cuba tanam anggur juga.... ha ha ha. gambar bawah. pokok anggur jenis menjalar ke nie? hasil lom nampak lagi. kalau ada nanti ku buka kilang wine.


buah naga or dragon fruit! a few pokoks... and they are really sweet. dulu mahal sekilo. sekarang dah murah. orang dah tanam belakang rumahlah, kat tepi pagar rumahlah. so kita tanam untuk makan sendiri cukuplah (bukan aku tanam, daddy nye...).

macam-macam benda dia tanam kat sini. nanti kita citer lagi.

3 comments:

lvynana said...

Best nyer, belakang rumah kami ada pokok jambu batu je..huhu

armouris said...

info tentang buah naga di SIHAT SELALU - Khasiat Buah Naga

Uncle Lee said...

Hello Big Momma, I love your pictures. You know, its people like your goodself that shows these beautiful pictures that reminds me of a country that is always in my heart.

And yes, I used to play among these places...see them or saw them when I was in Sarawak back in the '80s.
You take great pics Momma.
Thanks for the memories.
If senang datang, best regards, Lee.

There was an error in this gadget