Monday, November 08, 2010

kalau dah jodoh tak kemana

hi....! apa khabar tek? dah makan?

soalan lazim rakyat Malaysia, kalau jumpa mesti tanya.... dah makan?
tapi tak semua akan tanya macam tu. apa jadi kalau jawabnya, " lom, u nak belanja ke?". ha ha ha.. menggelabah kawan kalau duit di kocek cuma RM8.80. contoh je lah.... ok apa? boleh belanja roti telur ngan teh tarik, kan?

tajuk kat atas tu kemana, mukadimahnya ke mana....

masa lunch break tadi baca suratkhabar Star, sunday punya. today's one tak tahu kemana, tak ada kat newspaper stand. anyway..... ada cerita pasal pasangan kekasih di China yang berpisah selama 54 tahun, berjumpa kembali dah kahwin walaupun umur mereka berdua dah 80 tahun. sorang dah hilang deria pendengaran, sorang lagi dah almost buta. lengkap-melengkapi lah tu. i'm your ear, you are my eyes..... cewah.

si lelaki semasa mengenali si gadis, dah berkahwin sebenarnya. lama baru dia inform kekasihnya. bila tau, mereka berpisah. si gadis ke France, si lelaki menetap di China. bagaimanapun atas perasan cinta yang masih mendalam, si gadis tak berhenti mengutuskan surat buat kekasihnya di China. dia tak kahwin-kahwin, sehingga suratnya dibalas oleh si lelaki tadi setelah 54 tahun berpisah.

mereka bertemu kembali. si lelaki yang dah pekak menanti si gadis yang dah tua dan almost buta, di lapangan terbang dengan 55 batang bunga ros dan melamar si gadis. happy ending...

last thursday, masa nak jemput si Barry ngan Cengal kat Stadium Negeri (their school's sport day) terjumpa teman lama. he was one of our technician, 15 tahun kerja dan resigned last year.

i tanya dia buat apa sekarang.
dia jawab, " relax je, teman member I tengok anak dia berlumba"
i tanya lagi." u cuti ke?".
dia jawab, " dah resign last year. i sekarang nie relax-relax tunggu duit masyukkkk je!"
i balas...." eee bestnya, bisnes apa u buat sampai goyang kaki tunggu duit je?".

siasat punya siasat... rupanya kawan join MLM. bangga jugalah kawan dah berjaya. susah nak jumpa bangsa sendiri berjaya dalam MLM nie.. tiap-tiap bulan kawan dah tunggu duit masuk dalam akaun bank 5 angka. tahun depan nak tukar kereta Harrier katanya.. syabas kawan!

ya lah, kalau dah jodohnya u menemui kekayaan melalui MLM, ke situlah rezeki u, kan?

4 comments:

Uncle Seven said...

macam kenal jak lah kawan kitak ya hehehehe

Khairul Onggon said...

vah.. vah.. vah.. rejeki dan jodoh bahmasing2 bah hehehe.. MLM apa polahnya tek? Mok kmk kenak juak nak? hehe..

AmirFX said...

Bisnes paling senang nak d polah.. haha.. Tahniah ngn kawan ktk... Yalah, rezki lain2...

Coffee Girl said...

Yalah... rasanya kamek pun kenal jak kawan kitak ya. hehehe