Tuesday, November 09, 2010

lain kali kalau tak pakai, cakaplah tak pakai

sapa punya ayat tu?

pak polis trafik ler.... sindir big momma.
apa lagi kalau bukan kena tahan pak polis trafik kerana tak pakai tali pinggang keledar... he he he

citer dia macam nie. hari sabtu yang lepas, dalam kul 9.30am, momma, barry ngan cengal turun dari rumah nak pergi ke Kuching Park hotel coz barry kena attend majlis graduasi darjah 6. kita dulu-dulu mana ada majlis graduasi. sekarang ni, tadika pun ada. saya biasalah, kalau drive tu, tali pinggang keledar memang main tarik and sangkut kat bahu je. tak pakai lengkap coz menyemak betullah nak drive dengan rasa menyekat gunung-gunung di dadaku...hmmmm.

tak pernah betul pak polisi buat sekatan kat area tu... betul-betul lepas selekoh. apa lagi bila nampak je mereka, aduh barry! kataku (barry sedang mengikat tali kasut kat seat belakang).

pakai tali barry! cengal too!

barry dalam keadaan menggelabah, cuba nak pasang tali pinggang, tapi pak polisi di seberang jalan (dia orang buat sekatan kat dua-dua belah jalan) dah nampak barry baru cuba nak pasang. pak polisi dah lambai-lambai tarian sumazau suruh saya ketepi..

habis..... gine tok? bukak tingkap pelan-pelan..

"tengok lesen puan..." kata pak polisi yang bernama Nikodemus, sama nama dengan adikku inspector shahab di Sabah cuma lain spelling sikit je..

"apasal tak pakai tali pinggang?" tanyanya.

"ehhh... pakai lah!" jawab saya walaupun tahu itu satu kebohongan...

"lain kali kalau tak pakai, cakaplah tak pakai!" tegasnya lagi sambil mengembalikan lesen memandu ku.

ku balas ngan senyuman je, sebab dilepaskan kali ini...he he he
tahu kenapa?
sebab lesenku masih beralamatkan Jabatan Imigresen Sarawak!
dia respek sikit ler...... selamat!
tu yang sampai sekarang saya tak tukar alamat lesen memandu ku ittew.......

walaubagaimanapun, selepas kejadian tersebut, momma, barry and cengal sentiasa mengingati satu sama lain bila masuk kereta je, pakai tali pinggang keledar! tak ada maknanya dia orang nak bagi lepas lagi......... he he he

eh.... lupa, saya pernah kena tahan polis juga about 17 years ago pasal tak pakai tali pinggang keledar.......... ha ha ha. denda RM70 rasanya time tu.



10 comments:

lvynana said...

Kamek pun baru jak pasang tali keledar belakang kat keta buruk mek ya.lv

Ms Tikot said...

Lain kali mun kenak tahan polis agik, padah dgnnya sendat gilak pakei tali pinggang keledar, sebab ya ktk x pakeinya. Alasan saya zaman dulu2. Lepas juak.hehehe

Vivian said...

NASIB la kmk tok jenis yg sik boleh berjalan kereta mun sik pasang safety belt.hehe

Coffee Girl said...

Ah mama. cakap benar jak, gerenti lepas. mun bohong, nampak gilak bersalah. jual-menjual nama Jabatan tu biasala. hehe

Mizz Coki said...

aku lamak dah sik pakei tali pinggang keledar. mun pakei avanza memang sik sampey ahahaha tp bila pakei Kelisa dpt juak klip kan tali pinggang ya. ish ish..

Faizal n Fashitah said...

Wakakaka.. yalah kitak mama eh. Nasib bait laa lesen kitak power ekeke.

AmirFX said...

Tali pinggang kmk nang sentiasa awas p bila dah dekat ngn rumah awal2 bukak sebab dah asa sik selesa... haha..

Globalized Dayung said...

Lama ku sik ngerepak dalam commnet kitak tok Big Momma!! Polis takut tapi ku banyak kawan polis...sempat nolong aku time aku kat Sabah. Ku dolok kenak saman jua. Parking kat yellow line. Dah terpaksa sebab mok ambik exam, ya go head aja. Nasib bayar RM30 ja

Ajim Ahmad said...

hahahha...big momma.terlepas...nasib... address lesen nya kelazz...:)

lily lotus said...

wahh lesen besar tu under imigresen. serius u takyahlah tukar address. huhuhu