Friday, November 04, 2011

Kita nak jumpa kawan lama..

ni kawan baik kita (orang kota tinggi) dari darjah 4 atau 5 hingga ke tingkatan 2.  shina namanya.  kalau ada aktiviti lepas sekolah, kita akan berbasikal ke sekolah bersama-sama.  rasanya masa tu sama jadi librarian.  kita berdua juga wakil sekolah untuk team bola jaring.  shina selalu main GS.  kita pula main GD.  

last sekali kita orang bertemu was in early 90's. masa tu wakil department ikut karnival sukan kat UTM skudai.  we managed to meet up sekejap and makan-makan.  so, it was about 20 years ago.

kalaulah masa tu dah ada FB, sure tak putus contact macam sekarang...
kerana FB lah dapat bercontact semula, and now, sempena hari raya haji yang mulia, kita nak turun ke JB the ke Kota Tinggi nak bertemu teman-teman lama.  walaupun pertemuan mungkin sekejap je.... at least rindu di hati akan terubat.  dapat bersalam, peluk, cium pipi..... dan tak lupa sesi bergambar.  semestinya!!!

 ni masa one of the jamuan masa sekolah.  harap dapat berjumpa some of them..
ni masa form 1 kot.... kita prefect duduk depan tu.... bangga juga coz budak iban ni top 5 je masa exam..hee he he.  shina berdiri belakang kita.
ni form 2.  sekolah menengah laksamana.  the hensem boy sebelah cikgu dah jadi doktor pakar dah.. baru perasan, shina masih berdiri belakang kita ...he he he

semoga perjalanan ke JB/KT dari KL esok akan dipernudahkan dan dijauh dari kejadian yang tidak diingini... nak makan OTAK-OTAK segar, nak makan MI REBUS, nak makan ... nak makan..

naik belon malam tok... kamek sorang je.... DE STRESS!!!







2 comments:

AmirFX said...

Selamat berangkat dan sampai ke destinasi... Kmk pernah juak jadi prefect.. Setahun jak lepas ya quit tegal sik thn merik arahan ngan nemiak lain.. haha..

lvynana said...

wah..jauh perjalanan nak gi reunion tok, kami la paling malas bab reunion tok.

There was an error in this gadget