Monday, April 23, 2012

1Asia not 1Malaysia


happy monday morning u all!!

alangkah bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia tercinta..
apahal pulak very the patriotik this morning?

imejin.. ya imejinkan..

masanya waktu pagi..
tempatnya kat sebuah kedai mamak.
kalau kat Kuching nie kedai mamak yang femes adalah Bombay Recipe ke, Bombay Masalla ke.. almost everywhere ada, macam KFC pulak. Kat Matang ada, Kota Sentosa ada, Batu 4 Jalan Penrissen pun ada, kat Batu 10, Kota Padawan pun ada, MJC pun ada.... even kat area cina di Padungan pun ada..

best pekena roti sardin kuah kari kaw-kaw... kalau barry ngan cengal memang akan order roti cheese. 
and apasal pulak kedai mamak boleh goreng hati ayam dengan sedap sekali???
serious sedap beb..

mukadimah berjela panjang, sila continue imejin..

kedai mamak, pelayan atau waitress nya mostly minah Indon... fine. 
tukang masak kat belakang tu dari India.
pembuat roti canai pun dari India.
ha ha ha.... tak sorang pun pekerjanya budak local!!!
and minah Indon bercakap dengan mat India dalam bahasa Melayu... ha ha ha
kelas sungguh!! ada bahasa common, tak lah macam itik ngan ayam...

and part yang paling best .....
mat India sambil mencanai dan melambung roti sambil menyanyi lagu.........
.
.
.
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu


.
.
.
ANAK KAMPONG!!!
lagu femes oleh penyanyi dari Sabah - Jimmy Palikat (sila google lagu ini sendiri)


ni bukan lagi 1Malaysia
tapi 1Asia
1Asia Tenggara tak leh coz India tak covered.

5 comments:

Coffee Girl said...

Happy Monday darling! Hehehe. ngerepak pagi-pagi.

lvynana said...

Tak suka kedai Bombay tuuutt!
Tapi lagu ya nang best.

AmirFX said...

Suka makan canai cheese.. Kedei paling best kat matang sia.. Kedei kat corner..

lily lotus said...

hahaha! sempoilah tukang buat roti canai tu. pasnih suh gi audition raja lawak :D

sawaNiLa said...

roti canai cheese ke? never tried kle

National Geographic POD