Tuesday, June 26, 2012

Buka mulut tengok lidah!


Semalam gi jumpa doktor.  Whole day rasa tak sedap badan.  Masuk tandas beberapa kali.  Itu sudah kira tak normal, coz sesi pembuangan for me is once, every morning.  Maknanya kalau lebih, something is not right somewhere.  Sunday nite dah start feeling fever and sakit perut.  Nak kata salah makan tak mungkin coz tak makan benda-benda yang lain dari biasa.  I think it's the weather... body heat too hot lalu effectnya extra pembuangan.

I kalau sakit setakat fever, selsema and batuk ke usually memang prescribe ubat sendiri.  Beli kat farmasi je.  Malas ke klinik coz doktor pun akan bagi the same thing juga.  Selalunya, I would take the medicine then tidur and berehat.  Lepas bangun dan badan dah berpeluh dah ok lah tu.

So, yesterday after office and lepas fetched Barry from school, rasa nak jumpa doktor... tak payah jumpa pun tak apa sebenarnya. 

Masuk klinik tu, the clinic assistant cakap bukan doktor yang biasa attend.  Doktor part time dari hospital.  Ok fine... nothing serious.

Bila masuk bilik doktor, eh doktor muda.... selalu tengok kat Emergency Ward, SGH.

Doktor tanya "Sakit apa?"
(dengan nada yang bukan lemah lembut tapi macam kedatangan u ke klinik itu membebankan!)
(heloooooooooo..... ini klinik swasta.  U datang memang berbayar punya, bukan pergi poliklinik or emergency ward dapat free rawatan!.  I'm expecting a good treatment here!)

I jawab, "Saya rasa saya fever, sakit badan and cirit birit."

Doktor cakap, " Buka mulut tengok lidah!"

Doktor cakap lagi, " Ha, u need to drink a lot of water!!!!"
(bergelen-gelen dah air ku minum whole day, I cakap dalam hati je.)

Kata doktor lagi, " Let me listen to your stomach?"  Dia pun put his stethoscope onto  my stomach.

"Nanti lepas ni jangan makan benda berminyak dulu macam mee, mee hoon or kue tiaw goreng.  Nanti banyak angin!" kata doktor lagi.

Then I said, "U tak nak check ke my BP coz I rasa lain je?"

Baru dia check, dengan jelingan semacam kat I.  " Ok, ada tinggi sikit, 150/90. Next few days u datang check lagi!"

Menyampah!  Langsung tak ada sense nak melayan pesakit dengan nada lemah lembut dan rendah diri!
I was contemplating with myself nak beri sepatah dua kata kat doktor tu.  Senyum pun tidak!!!  Bagi sedar sikit, but malas nak panjangkan cerita.  I'm not a fussy person, but there are times when u expect to be treated well, u dont get it!

Eh doktor! Jangan bawa cara u melayan pesakit kat hospital awam ke klinik swasta!

Tu yang aku malas nak pergi klinik.  Only certain klinik swasta yang doktornya really show their dedication and softer side of them. 


3 comments:

lvynana said...

ya betul, terbawa-bawa indah perangai nya ke sia, mun nya bukak klinik sendirik, sik lamak lingkup camtok.
Anyway you take care..

mr_abs said...

salah makan kali o? mun makan mee nang suroh sakit perut. entah, bpa kali dah kenak.

yes, take care. moha juak maca perihal dokter yaa

Uncle Seven said...

nasib nya mok tengok lidah...

There was an error in this gadget