Friday, November 02, 2012

Bila Sandy bertiup..



Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
I nak tambah .......... jangan sampai patah tengkuk


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
I nak tambah........... kalau u untung, jangan lupa sharing

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, 
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
I nak tambah ..........  bila dah senang nanti, sik boh nak molah muka eksyen

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
I nak tambah ..........be specific! bukit mana jadi tanda aras?
nak tunggu sampai membukit, takut u dulu yang disemadikan tepi bukit


Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
I nak tambah .......... yelah, jangan memandai nak jadi hero

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
I nak tambah .......... masuk kandang harimau kau nak buat apa... mengaum? LARI le............


Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
I nak tambah ..........ooops..... u have received an email, ada online le...


Bak cendawan tumbuh selepas hujan
I nak tambah .......... alhamdulillah, kutip le cendawan tu jual kat market

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
I nak tambah .......... dah ku madah cukuplah ya, cukup lah ya

Biar mati anak, jangan mati adat
I nak tambah .......... kus semangat, sik lah sampei ke sia...

Sediakan payung sebelum hujan
I nak tambah ..........kat rumah ada payung, dalam kereta ada payung, kat ofis ada payung... berapa banyak payung da... sekali sekala kena jugak hujan... that's life!

Happy weekend!

No comments:

National Geographic POD