Monday, February 11, 2013

Tak tengok tak rugi RM13


Sungguh mengecewakan. Tak best. Tak syiok. Apa-apa entah...
Cik Mat, boringlah citer Hantu Kak Limah kali ni...
Masih tak leh lawan Zombi Kampung Pisang ngan Hantu Kak Limah Balik Kampung.
Konon nak introducekan kesan-kesan CGI tapi macam hasil kerja budak-budak sekolah je... efeknya tak menjadi le...
Berdesum sana berdesum sini je
Kat ujung-ujung cerita dah macam raksasa ultraman berlawan ngan manusia dah..

Budget murah sangat ke sampai cuma ada 4 lokasi penggambaran aje?
Kawasan warung di tepi sungai, rumah Husin, balairaya ngan hutan tu je...
Adegan macam tak ada hubungkait sesetengahnya. Tetiba macam ni macam tu dah citer.
Pada yang belum tengok tu, sila tunggu je raya nanti for sure ada main kat TV. Tak yah buang duit harga tiket RM13 for dewasa dan RM9 for kid.

Aku sempat tidur dan berdengkur .... Hehehe

1 comment:

khairul onggon said...

Dah duak blog madah x best.. adoh... Mun cemya nunggu pirate jaklah hehe..

National Geographic POD