Tuesday, March 19, 2013

Baik. Perlu. Lengkap.


Teringat celoteh pakar motivasi negara, Dr Fadzillah Kamsah beberapa pagi yang lalu.
Katanya Tuhan tahu apa yang baik untuk kita, apa yang kita perlukan dan apa yang melengkapi kita.  Setiap manusia ada peruntukannya.  Rezekimu, kegembiraanmu, kesedihanmu, cubaan dan dugaan.  Yang penting kita harus sentiasa bersyukur kepada Yang Maha Esa. 

Semakin umur meningkat naik, I telah memilih approach kesederhanaan dalam kehidupan.  Sederhana serba serbi.  Tak payah bersaing untuk yang terbaik, tak payah menunjuk-nunjuk.  Cukup sekadar itu dan ini.  Asalkan kita tak meminta sedekah, tapi sentiasa dihormati.  Dengan itu, kehidupan menjadi lebih mudah dan tidak mendatangkan banyak permasaalahan dan stress yang tidak menentu.

Kalau ada masalah, hadapi dengan tenang.  Take your time to think through.  Kalau nak bersuara, tapiskan dulu.  Buat saringan terhadap ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang akan dikeluarkan dari mulut.  Once dah terkeluar, mustahil untuk di'erase', di'undo' atau di'delete'.  Fikirkan juga consequences nanti jika disuarakan.  Adakah ia akan membuak rasa marah lagi?  Adakah ia mengeruhkan suasana yang sudah tegang?  Kalau tak perlu dilafazkan atau diucapkan, simpan saja dalam hati.  Lebih baik begitu.

Kalau dah stuck kat jam macam ni, jangan membebel, jangan ngerepak, jangan menyumpah.  Gunakan masa tu untuk berbual dengan anak-anak.  Lihat kawasa sekitar.  Enjoy the view.  Enjoy the music and songs played on the radio.  Tengok cermin, buat touch up kat muka.  Sikat rambut.  Kalau dah tak tahu apa nak buat, tengok cermin, selak rambut dan cabut uban sendiri....

Kalau ada kegembiraan, kongsikan bersama orang tersayang dan mereka-mereka yang rapat dengan kita.  Lebih berkat kalau dikongsikan bersama keluarga.

Sentiasa berbuat baik, sentiasa berbudi tapi tidak mengharapkan apa-apa balasan.  Percayalah si Dia akan membalas budimu.  Mungkin di dunia, mungkin tidak.  Mungkin di akhirat nanti.  

Kalau ada yang menyakitkan hati kita.  Kalau ada yang menjengkelkan kita.  Kalau ada yang berbuat tidak baik terhadap kita.  Maafkan mereka.  Seharusnya tiada dendam dalam hati kita.  Tanamkan kemaafan dan kesabaran dalam diri kita.

Nescaya, hidup ini akan lebih aman, relax, sempoi...

Kita minum dulu..............


(hilang dah ngantuk ku.....)


2 comments:

ez vina said...

ohh sangat setuju 110% dengan kata-kata mu ini.
Peace no war!

Uncle Seven said...

hehehehehe...kita minum dulu

There was an error in this gadget