Friday, March 22, 2013

No pedas no kick


I like to eat sebab itu badan yang gebu dan montok ini terhasil dari kesukaan itu.  Tambah lagi suka masak. Kalau tengok FB ngan Instagram I memang mostly gambar makanan....hehehehe.   Suka makan makanan yang dimasak pedas seperti kari, sambal, asam pedas dan sebagainya.  Tapi tak lah sampai dapat gigit cili padi macam tu je.... no no no.. pedas you....

Kami adik-beradik dah biasa makan pedas dari kecil dulu.  When I was in Primary 3, my father seorang pegawai polis kena transferred ke Johor.  So we were in Johor Bahru and Kota Tinggi until I finished my Form 3.  So, it was about 7-8 years duduk kat sana.  Kat situ lah my mom belajar masak makanan melayu dan jawa kat sana.  Kat situlah kita adik beradik start makan makanan pedas seperti kari, sambal tumis, sambal sotong, ikan selar/tenggiri masak sambal, asam pedas, masak lemak cili api dan ikan cencaru sumbat sambal.  Pheww... sedapnya.

Kalau part makan ikan cencaru sumbat sambal tu, semua berebut korek sambalnya dulu.  Nasib ikan cencaru tak berapa popular dan tak mahal sekilo.  Jadi, berekor-ekor kita orang sekali makan!

Tiap kali balik sekolah dulu, kita orang akan buka tudung saji.  Kalau ada kari ke, sambal telur ke.... happy je makan.  Bertambah-tambah lagi.  Sampai sekarang dah tua bangka, dah jadi mak orang pun masih suka makan sambal telur kat bawah nie....Merah menyala je cili boh tu. Kalau tak pun buat masak kari atau kurma.  Tapi kurma tak pedas le..


Kalau tak da lauk pedas....hehehehe..... malasnya makan. Biar makan telur goreng, curah sos curah kicap manis.  Lagi maveles!


But my Cengal lain sikit.  She likes to eat sambal belacan.  Apa-apa pun ulam ngan sambal belacan.  Sampai cheese yang keping-keping tu pun dia ulam ngan sambal belacan...

Happy weekend!!!

2 comments:

Farra Kikibum said...

i like to eat pedas food also..lg pedas lg berselera :D

lily lotus said...

bak kata org kalau tak pedas takde umpphh!

There was an error in this gadget