Thursday, May 23, 2013

Apa kerjanya Kassim Selamat? Majistret? Lawyer?


Masa sekolah dulu kita selalu ditanyakan apa cita-cita kita, kan?
Selalunya kita disuruh menyenaraikan 3.
Jawapan standard masa kat sekolah rendah dulu adalah:
1.  Doktor
2.  Arkitek
3.  Guru

Tengok tu.... ada hati nak jadi doktor.  Kerja glemer, terbilang, cemerlang. 
Ya, kita memang berangan nak jadi arkitek masa dulu.  Padahal melukis pun kureng.  Tak da bakat langsung.
Bila dah naik sekolah menengah, mata dah terbuka sikit, minda dah terdedah sikit, senarai pun bertukar ikut persekitaran.  So, masa sekolah menengah senarai kita adalah lebih kurang begini:
1.  Akauntan (mentang-mentang selalu skor matematik dan subjek perdagangan)
2.  Pensyarah (upgrade sikit dah)
3.  Peniaga saham (lucunya bila dikenangkan balik part ni... main saham kat magnum ngan toto tu adalah!!)

Tengok tu lagi..... tak da dalam list nak jadi pegawai imigresen, pengurus projek...
Jadi guru tuition pernahlah.... guru tuition matematik.
Jadi akauntan pulak tak kesampaian walaupun degree perakaunan yang ku perolehi.

Itu semua kuasa Yang Maha Esa.  Kita hanya merancang, menginginkannya... DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap orang ada fungsi dan kepentingannya tersendiri.  REDHA.

Tak lama lagi, senarai cita-cita seperti doktor, jurutera, juruterbang, arkitek, ahli ekonomi, akauntan, penyanyi, artis, manager, majistret, ahli muzik, peguam, pengarah syarikat dan sewaktu dengannya akan berubah.  Ibubapa akan memberi sokongan sepenuhnya ataupun akan mendidik anak-anak mereka ke arah menjadi seorang....
  • pemain bolasepak profesional (gaji sehebat RM50,000 sebulan, tak termasuk hadiah kemenangan seperti wang tunai, rumah dan tanah)
  • artis (artis yang top lah sehingga mejadi duta produk-produk tertentu dengan bayaran juta-juta)
  • and the latest as below


Contoh...

Cikgu: Atan bila dah besar nanti nak jadi apa?

Atan  : Saya nak jadi menteri cikgu.

Cikgu:  Kenapa kamu nak jadi menteri Atan?  Besar tanggungjawab dan amanah tu!

Atan  :  Sebab gajinya besar cikgu!!!






1 comment:

Anonymous said...

Dalam maksudnya nak jadi menteri ya. Well,mun kamek ada anak, kamek sikmok nya jadi menteri. Cukuplah kawen ngan menteri or anak menteri. Sure kaya gila, sik boh keja.
P/s, cita cita ku dolok, lawyer.kah kah kah berik malu jak .kinek tok jadi tukang molah kek besday.
Cucu nenek kebayan

.