Tuesday, May 07, 2013

Sehingga ke titisan yang terakhir...



Anda pakai gincu?  Anda pakai sampai muak dengan warnanya atau pakai sampai licin?  Atau pakai setengah-setengah dan beli baru?  Kalau pakai berus korek sampai habis? 

Mari tengok macamana saya pakai. 


Sehingga ke calitan yang terakhir.  Gincu tu dah habis pusing dan permukaannya dah rata, saya punya berlengkuk ke dalam sikit... ha ha ha.  Kalau ada berus memang akan dikorek lagi.

Tengok bedak kompak tu pula.  Dah tertanggal tapi isinya masih banyak.  Masih boleh pakai.  Jangan membazir ya.  Sila guna sehingga titisan yang terakhir, tapi gincu bukan losyen.  Jadi gunalah sehingga calitan atau korekan yang terakhir kita dapat.  Sememangnya saya ini jenis orang yang pakai barang sampai rosak atau habis.  Selagi tak rosak atau koyak seperti kasut dan beg, saya akan pakai sehingga ke hujung nyawa! 

Nak berjimat kerana tak cukup duit untuk beli baru atau ekstra?
Tak, tapi membazir itu bukan amalan mulia.

Kita kena berjimat dan berbelanja dengan berhemah.  Barang-barang dah mahal dan kos hidup semakin naik.  Setakat mana kita dapat berjmat, kita harus cuba untuk melakukannya.  Contohnya bila menggunakan ubat gigi.  Picit sampai habis.


gambar dari ehsan google
Nak jimat lagi, gunting tiub ubat gigi tadi kepada dua.... Ha, yang ni boleh diaplikasikan kepada losyen atau minyak rambut yang bertiub.

gambar dari ehsan google
Dari aspek makan-makan pun kena berhemah juga.  Contoh gambar kat bawah ini yang diambil semasa saya menghadiri makan malam di sebuah restoran malam minggu lalu.  Hidangan ikan stim. 

Kata orang Sarawak, " makan sampei lengis". 
Maksudnya makan sampai licin, sampai ke tulang terakhir!

2 comments:

MBOK EMA said...

hahahha. harus lah bijak makey barang sampe abis bok sik rugi!!!
kmk kdg2 eyh, bercalit ngn cotton bud indah, mana lipstick yang kmk suka tp dah abis n lom beli baru...
ahahahhhaa.

*tgh ngabis ruti krekes.. makan rendam ngn aek teh*

Coffee Girl said...

These days i pakai lip gloss yg jenis cair tu... pakai sampai korek korek dgn berus kiri kanan tepi tepi asal ada kilat sikit di bibir, jadilah. Bukan kedekut... tapi bak kata u tek nak... JIMAT.... Hehe

National Geographic POD