Monday, May 06, 2013

Hitam atau putih.


Semalam.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi.  Tak mandi lagi.  Buat kerja rumah sikit-sikit. 
Sarapan pagi dah siap.  Buat kueh tiaw goreng je. Dah siap makan pun. 
Si suami dah keluar.  Mengundi nun di kampung.
Saya mengundi untuk kawasan Stampin.  Tempat mengundi di Pasar Batu Kawa lama.  Tak jauh.
Kalau memandu cuma ambil masa 10 minit saja.

Kali ini semangat nak mengundi itu berkobar-kobar sangat.  Adakah ianya kesan pengaruh media masa?
Bukan saya seorang, tapi ramai teman-teman sebegitu jua.  Bersemangat sungguh rasanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kita cuma inginkan Malaysia yang aman. 
Kita cuma inginkan pemimpin yang prihatin akan keperluan rakyat, bukan yang menjaga periuk nasi diri sendiri sahaja. 
Kita cuma ingin pastikan yang anak-anak kita nanti terjamin kehidupan mereka untuk terus menetap di bumi Malaysia ini.

Dah siap mandi dan berkemas.  Tanya Cengal nak ikut ke tak.  Tak mahu katanya.
Lalu saya pesan, lepas mandi, makan sarapan, kemas bilik dan kemudian buat ulangkaji pelajaran.  Ujian semester dah dekat.  Barry masih tidur.

Pukul 11 pagi saya mula memandu ke tempat mengundi. 
Wah, jalan agak sesak.  Perjalanan ke tempat mengundi lancar je.  Jalan yang bertentangan pula kesesakan.
Ni tempat saya mengundi.  Lengang.  Bagus juga begini.

Tak sampai sepuluh orang di hadapan saya.  Cepat dan pantas.  Dalam masa kurang 10 minit dah beres pun mengundi.


Saluran ketiga dengan no pemilih 1069.  Jari pun telah dicalit dakwat. Dalam Facebook, ramai teman-teman yang meletakkan gambar jari memasing.  Ada yang siap tunjuk jari yang bersih setelah dicuci.  Tak kekal pun?  Tapi saya punya masih berbekas sehingga ke pagi ini.

Jom pulang. 
Sekali keluar ke simpang jalan, aduhhhhhhh.... saya terpaksa mengharungi kesesakan jalan yang saya lihat tadi. Panjang tu.  Lebih 2 kilometer.

Sangkut dalam kesesakan jalan tak apa.  Kita redah saja sambil menikmati keindahan pemandangan di sekeliling dan mendengar alunan lagu di radio.  Tapi, kalau aras minyak kereta menujukkan sebegini.......... ada berani?
Kerja gila sungguh.  Saya dah 'nervous'. Sampai ke tak?  Mati ke tak enjin kereta nanti?  Think positive!    So turunkan cermin, tak pasang penghawa dingin kereta.  Selamat akhirnya.

Gambar diambil semasa bersiap nak turun mengundi.  Nak pakai baju putih ke hitam.  He he he.... Itu pun nak memilih juga?  Macam nak memilih unutuk memangkah BN atau DAP?  Sesungguhnya kehidupan kita ini banyak kena buat pilihan. Secara sengaja atau tak sengaja kita sedar. 

Sampai rumah, Cengal jerit.... " Mummy, Cengal belum mandi!  Kerja sekolah tak habis lagi...".
Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari.

(Inilah esei saya dengan tajuk sebenar "Pengalaman saya mengundi dalam PRU13"...... hahahaha.  Bahasa baku sungguh!)


5 comments:

Coffee Girl said...

saya vote lurah tu... hehehe. Kacak phone cover...

Mama Embok said...

updet gik post baru ritok!!!!!

Anonymous said...

Hi , kmk baruk ngikut blog u. Your face very familiar. U slalu kat jln ketapi kah?

Tia said...

anonymous,
auk coz office kat jalan keretapi..
kinek dah pindah ke jalan upland. carilah muka kmk sia...hehehe

thanks for dropping by..

Anonymous said...

Ya. Kmk dolok slalu gi kedai kopi xin kwan kat ujung skali. Dekat pusat dialisis sia. Ada sigek chicken rice stall. Nyaman nya pun nasi. Tapi kinek tok sik ada lagik kedai kopi ya. Kmk everyday lepak sia. Sometimes afa nangga ktk.