Tuesday, April 30, 2013

Sisih dan cabut!


Hi, apa khabar?
Esok cuti ye.  Hari Pekerja.
Bestkan kalau esok kita cuti dari buat segala macam benda.  Cutii masak, cuti kemas rumah, cuti jadi driver anak-anak, cuti dari layan suami...hehehehe

Tanggal 2 Mei pula merupakan ulangtahun ke 24 menjadi seorang pekerja.  
Setahun lagi nak jubli perak!
Lamanya....  Melapor diri pertama kali untuk bekerja sebagai seorang pegawai imigresen pada 2 Mei 1989 di Tingkat 2, Bangunan Sultan Iskandar.  Umur baru 20 tahun time tu, anak dara bergetah lagi...  Next time kita share gambar pakai uniform.. Kerja di Kuching sampai 1995, then transfer atas integrasi nasional ke Shah Alam dari 1996 hingga 1998.  Balik Kuching, then resign sebagai penjawat awam tahun 2000.  

So kita jadi penjawat awam beruniform untuk tempoh 11 tahun.

Dalam tempoh 11 tahun tu, kita belajar kat UiTM ambil pengajian luar kampus untuk diploma sambung ke ijazah perakaunan.  Sempat juga study kat UiTM Shah Alam untuk tempoh 2 tahun.  Naik bas mini dari Kompleks PKNS turun kelas.... hehehe. Best nyer terkenang masa tu.... 
Kalaulah masa tu dah ada facebook, memang dapat contact teman sepengajian.  La ni memang tak da contact langsung.  Belajar accounting tapi tak jadi akauntan..... Kerja kat GLC Sarawak ni, jadi account manager.  Asal nama account ada cukuplah tu....  Account here refers to customer.

So, cuti-cuti nak cari mangsa....  Mangsa tu akan guna peralatan di bawah untuk menjalankan tugas:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sikat dan anggup.  Orang Sarawak pangggil anggup.  Bahasa malaysia apa eh?
Kita buat sessi sisih dan cabut.... ha ha ha
Kita pegang benda ni kat tangan je....Cengal n Barry lari lintang pukang dah.   Cakap ada homeworklah, ada assignment lah.... Sabar je lah!

Happy Labour Day and Happy Bercuit... eh Bercuti!




1 comment:

Uncle Seven said...

Kompom projek uban ya hahahahaha

National Geographic POD