Tuesday, June 25, 2013

Dan bermulanya sebuah persahahabatan...


Bak kata pepatah, berkawan biar seribu tapi berkasih biar satu.  Ramai kawan, luas pergaulan kita.  Bila pergaulan kita luas, pengetahuan berkembang dan pengalaman hidup akan bertambah corak suka dan dukanya. 

Jangan jadikan umur sebagai penghalang untuk kita membina satu persahatan yang terbina atas satu minat yang sama, iaitu menulis blog. Dan sesungguhnya penyataan itu ditujukan kepada aku yang terlebih umur dari mereka berempat seperti digambar ini.  Kami adalah penulis blog yang bernaung di bawah Sarawak Bloggers, dan kami telah disatukan dan ditemukan kerana tugasan. 

Dari kiri, Ophelia, Lindy, Garner, Kheirul dan Tia
Berlainan bangsa, berlainan agama, perbezaan umur dan status peribadi masing-masing tidak menjadi halangan untuk kami bergelak ketawa dan bergurau senda dalam pertemuan pertama ini.  Yang pasti keikhlasan untuk berkenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain sungguh terserlah.  Sememangnya masih terlalu awal untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.  Biarlah ia mengambil masa.  Tiada yang perlu direbutkan kerana peluang bersama ini mungkin untuk seketika sahaja.  Memadailah kita memupuk persahabatan ini dengan rasa hormat-menghormati dulu.  Mungkin pertemuan yang kedua, ketiga dan seterusnya akan lebih merapatkan kita. 

Bila umur semakin meningkat, sungguh terasa yang kita kini semakin memilih kawan.  Bukan memilih kerana taraf sosial mereka,  Tapi memilih kerana keserasian untuk bersama tidak kira di waktu luang atau kesusahan.  Keserasian dari segi memahami kesukaan dan kebencian, kekurangan dan kelebihan kita.  Kita perlukan teman atau sahabat yang sudi mmendengar luahan kita walaupun teman tersebut tidak berkemampuan untuk menghulurkan bantuan.  Cukuplah sekadar menjadi pendengar. Kita perlukan teman atau sahabat yang sudi menyambut kegembiraan bersama kita tanpa niat untuk mengambil peluang atas kepentingan diri.

Adakah kamu mempunyai seorang teman yang mempunyai ciri-ciri di atas?  Jika ya jawapannya, siramilah persahabatan kamu dengan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang sebegitu.

Sebagai seorang ibu, aku sentiasa menasihati anak-anakku agar tidak sombong dan menunjuk-nunjuk bila berkawan.  Hormatilah kawanmu walaupun mereka kaya atau miskin atau sederhana.  Kongsikan apa yang kita ada dan mampu.  Hendaklah kita sentiasa menerapkan rasa rendah diri kerana sombong dan berlagak tidak akan membawa kamu kemana-mana.

Aku ada cawan
Cawan ku warna biru
Aku ada kawan
Kawanku itu kamu.....




4 comments:

Ophelia said...

Aiseh, kacak pantun! Hehehe...

Coffee Girl said...

I totally like this post. Nice! Like the saying (that I modify ikut keadaan) goes, So many people to get to know, so little time.

Apa assignment tek mama?

Khairool Adzelan said...

Hellllloooo... I look like I don't have my pants on! hahahaha!

Garner Wyne said...

I wasn't ready or was I photobombing? harharhar...

There was an error in this gadget