Friday, July 05, 2013

Rainforest World Music Festival 2013 (RWMF2013): Bengkel Interaktif Tanpa Batasan (Bahagian 2)


Pihak penganjur iaitu Lembaga Pelancongan Sarawak telah bekerjasama dengan operator pengangkutan awam untuk menguangkan kesesakan lalu-lintas menuju ke lokasi festival tersebut.  Bas-bas telah disediakan di poin-poin tertentu di bandar Kuching untuk membawa pengunjung-pengunjung ke lokasi festival dengan tambang berharga RM15.  Bas-bas beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.30 pagi.  Bagi mereka yang memandu kereta, mereka hanya dibenarkan memandu sehingga One Hotel Santubong dan meletakkan kereta di perkarangan hotel.  Dari situ, van-van akan membawa pengunjung ke lokasi festival dengan tambang RM5 sahaja.

Bengkel interaktif yang dianjurkan dalam setiap Rainforest World Music Festival adalah sangat popular di kalangan pengunjung-pengunjung festival tersebut.  Apa taknya, para penonton atau hadirin diajak sekali menari atau menyanyi atau mencuba bermain alat-alat muzik yang diketengahkan.

Pada hari berikutnya, seperti biasa bengkel-bengkel tersebut diadakan di dalam Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Teater.  Kampong Budaya Sarawak sangat meriah dengan kunjungan tetamu luar negara dan tempatan untuk tempoh 3 hari berlangsungnya festival tersebut.

Untuk hari kedua dan ketiga, 9 kumpulan telah mengetengahkan persembahan mereka setiap hari tersebut di tiga lokasi berlainan, iaitu 3 persembahan di setiap tempat, Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Teater.  Antara kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan dalam bengkel pada hari kedua dan ketiga adalah Kila (Ireland), Lan E Tuyang (Sarawak), Palsandae: Korean Performing Arts (Korea), Rhythm in Bronze (Malaysia),  Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afika Selatan), Chet Nuneta (Perancis), Pine Leaf Boys (USA) dan Spiritual Seasons (Ukraine).

Teater
Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
 Kumpulan Rhythm in Bronze (Malaysia)

Kumpulan ini mempersembahkan muzik gamelan dan permainan alat muzik gong.  Mereka memainkan lagu-lagu kontemporari dengan alunan alat muzik tradisional.  Kumpulan ini telah banyak memenangi anugerah muzik anatarabangsa antaranya, "Best Music Concert" di Boh Cameronian Arts Awards 2004.
Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
  Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afika Selatan)

Kumpulan ini pula mempersembahkan tarian darr benua Afrika oleh pahlawan yang badannya penuh dengan lukisan-lukisan dan kaum wanitanya.  Mereka juga menunujkkan bagaimana bermai alat muzik yang diperbuat dari kayu dan hasil kerja tangan mereka sendiri.

Rumah Panjang Iban

Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
 Lan E Tuyang (Sarawak)

Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
 Kumpulan Penari Kampong Budaya Sarawak

Dewan Lagenda

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afika Selatan)
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Palsandae: Korean Performing Arts (Korea)

Saya sangat terharu melihat sambutan dan respon dari para penonton.  Penonton yang datang dari jauh dan dekat, luar negeri dan tempatan beramah mesra sesama sendiri semasa menyaksikan persembahan dari kumpulan-kumpulan tersebut.  Mereka mungkin datang berkumpulan atau bersorangan. Tiap kali ajakan dan pelawaan dari kumpulan yang membuat prsembahan untuk mereka bersama-sama menyanyi dan bermain alat muzik tidak pernah ditolak atau diabaikan.  Orang yang tidak dikenali di sebelah kiri, kanan, depan atau belakang mereka akan dijadikan teman menari bersama.  

Gambar di bawah menunjukkan para penonton dari perlbagai negara dan bangsa bersama-sama menari tarian kaum Bidayuh dengan kumpulan penari dari Kampong Budaya Sarawak.
Begitu juga pemandangan di Dewan Lagenda yang sentiasa penuh dengan para penonton.  Mereka boleh secara spontan menubuhkan kumpulan menari masing-masing dalam masa singkat dan seterusnya menari bersama-sama dengan penuh riang dan gembira, tapi dengan kesopanan.


Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi yang muzik memang boleh menyatukan umat manusia.  Alangkah baiknya jika perkara ini diamalkan oleh setiap manusia yang hidup di bumi ini.  Hormat dengan kebudayaan orang lain dan cuba mempelajari dan memahami mereka walaupun kita tidak perlu mengikut dan mengamalkannya.

Lihat saja keasyikan para penonton menyaksikan persembahan.  Adakalanya mereka berjabat tangan dan berpelukan sesama sendiri kerana gembira dapat bertemu semula di festival yang sama untuk kesekian kalinya.  Malah ramai yang telah berinteraksi melalui Facebook untuk mengatur perjumpaan dan berkumpul untuk sama-sama berkunjung ke festival ini. 

Jika bengkel-bengkel interaktif diadakan pada sebelah tengahari, konsertnya pula diadakan sebelah malam mulai jam 7.30 malam.  Festival ini diadakan setiap tahun dan tarikh untuk tahun hadapan telah dimaklumkan iaitu dari 20 hingga 22 June 2014.  Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.


No comments: