Monday, July 08, 2013

Berlunjur kaki


Berlunjur kaki adalah duduk atau baring dengan posisi kaki yang lurus atau merentang.  

Kenapa berlunjur kaki?
Satu, nak merehatkan badan lah kan.
Dua, bila tak boleh nak duduk bersimpuh coz keadaan badan yang montok dan gebu yang tidak mengizinkan.  Kalau cuba jugak, pasti kaki atau peha akan kebas...hehehe

Kita pernah pergi kenduri kahwin, part nak duduk tu lah azab.  Kalau boleh cari tempat duduk yang dekat dengan dinding, then duduk bersandar dengan kaki berlunjur.  Make sure kakimu harum dan wangi...hihihi.  Lagi best kalau pergi kenduri tu terus ngadap meja makan.  Fuhhh.... lega.

Aksi berlunjur kaki kita masa menyaksikan persembahan kumpulan dari Afrika Selatan dalam bengkel interaktif di RWMF2013 di kampong Budaya Sarawak.
Apasal pula nak cakap pasal berlunjur kaki ni?
Kita nak berkias nak cakap minggu ni kita boleh tenang sikit. 
Berlunjur kaki equals to relax, no tension maksudnya.

Sshhhh..... bos kita pergi bercuti.

I is aman and tak tension nak turun kerja tiap pagi.
Tak perlu risau nak fikir apa nak update bos pagi-pagi.
Tak perlu risau assignment yang disuruh dah buat ke belum.

WALAUPUN bos kita telah meninggalkan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dalam minggu ini.
Tak pe... kita jalankan tugas dengan wibawa.  Pelan-pelan sebab expect no mistake, if possible.

Ada pepatah melayulah pasal berlunjur kaki ni. 
'Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.'
Maksudnya berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
Tapi sanggup tak sanggup, kalau dah tanggungjawab kena buat juga lah ya.


   
Was waiting for my darling to fetch me.... at a bus stop.






No comments:

National Geographic POD