Tuesday, July 09, 2013

Saya jual, kalau sudi awak belilah!



  Ikan terubuk segar dan bertelur mahal harganya
Membuat Sarawak terkenal kerana kewujudannya
Superman dah sedar dan malu akan kesilapannya
Kini tak pakai seluar dalam di luar lagi da (Man of Steel)

 Sambal belacan dan timun tak dapat dipisahkan
Berulam salah satu amalan permakanan yang sihat
Cuaca kemarau dan jerebu tak dapat dielakkan
Sekarang dah dikurniakan hujan rahmat

Cili, ikan bilis dan belacan
Tiga sekawan tak dapat dipisahkan
Menjelma lagi bulan Ramadan
Bulan yang mulia penuh dengan ujian

 Mee bandung Muar sarapan ku tadi
Enak dinikmati bersama teman
Bazaar ramadan kembali lagi
Puaslah nanti melayan nafsu makan

 Dalam kuali bukannya periuk
Ketam masak cili bertelur menjadi pujaan
Orang berpuasa kita pun nak sibuk
Sibuk ke bazaar ramadan mencari santapan


Burger diolah mengikut citarasa
Lebihkan sayur bertambahlah zat
Aku mengucapkan selamat berpuasa
Buat teman dan taulan yang jauh dan dekat

 Donut gebu pilihan si dia
Jangan pula terlebih gula
Bila berbuka makan sedang-sedang ya
Kesihatan badan perlu dijaga

Ini bukan donat tapi tayar kereta
Selamat menjalankan ibadah puasa!!

(Gambar-gambah di atas adalah dari koleksi gambar makanan saya di Instagram.)



3 comments:

Ez vina said...

Lamak pk, kitak jual biskut? Ketam. Rupa2 nya jual pantun..hihi

Coffee Girl said...

sama juak mikir nak jual terubok tek... ingat mok order tek... hahahaha

Uncle Seven said...

uih...tayar pun kenak makan...ahahahhaa..bongan hahahaha

National Geographic POD