Wednesday, February 12, 2014

Tiada tanda noktah dalam kehidupan, hanya tanda koma...



Senyap dan sunyi je blog.
Maafkan aku.

Momentum untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dah lancar sikit.
Kehilangan dan pemergian orang yang disayangi sudah dapat diterima sepenuhnya.
Kita yang tinggal perlu meneruskan kehidupan kerana selagi kita tak mati, selagi itulah tiada tanda noktah dalam kehidupan kita.

Kehidupan seperti satu ayat yang panjang.  Hanya koma yang memberhentikan kita seketika.  Bila terjadinya sesuatu insiden dalam hidup ini, baiknya yang manis atau pahit, kita berhenti seketika untuk mengimbas kembali.
Berhenti seketika untuk merasai kelukaan.
Berhenti seketika untuk merasai kegembiraan yang dikecapi.
Dan seterusnya, life has to go on.  We are ready for next challenges or happenings in our live.

That is life.

So, banyak kisah nak diceritakan di sini lagi.
Sesungguhnya aku mengharapkan untuk menceritakan yang suka dan ceria.
Dan penulisan ku kembali dengan lenggok jenaka dan usik mengusik seperti tuan punya blog ini.

Zahirnya rupa serious tapi dalam hati selembut tauhu jepun!

Yang ni kira mukadimahnya je ya...
Pengumuman yang aku akan terus berblog dan menulis untuk suka-suka.


Tuan blog terkini.  Berbaju merah nak attend wedding rakan sekerja di RH Hotel, Sibu.
Jauh tu... Tapi saja nak share yang aku dah berjaya kehilangan 10kg ....... hehehe
Misi seterusnya nak lose another 5 - 10 kalau bisa....

Boleh saja.... yang penting determinasinya!!




3 comments:

ez vina said...

10kg.. wow banyak ya.

lalala said...

yes. i saw u at atmosferah cafe (simpang 3) u look great and slimmer..keep it up sis :) i m ur silent reader :p

Tia said...

ez nina,
slow n steady dalam tempoh 4 bulan dear..

lalala,
come and say hi to me... kelak belanja teh tarik n roti canai. regular customer kamek tok sia...hahaha