Monday, July 21, 2014

Iboh baca, sik da pa pa ya...


Title blog nie 'Let's Ngerepak'.
Tapi aku jenis manusia sik suka ngerepak. Tak suka membebel.
Aku jenis dok perhati, tengok, diam, amik ikhtibar.
Bila masa aku perlu sound, nahas tu. 
Kata-kata jadi sepedas cili api, hayunan tangan nak melibas pun dah standby..... ACAH je beb. 
Aku nampak ganas tapi hakikatnya gua lembut.  Hati sayu je....

Umur dah 4 series, pengalaman hidup dah banyak.  Mana yang kita sendiri alami, ada yang terjadi kat rakan taulan kita.  Ada yang duka, pahit, manis dan membengangkan pun ada.  Tak dapat diterima dik akal pun ada.  

Whatever masalah yang kita hadapi, hadapi dengan tenang dan buka minda untuk segala kemungkinan penyelesaiainnya.  Caramu mungkin baik bagimu tapi mungkin tidak sesuai aplikasinya kepada masalahku.  Begitu juga sebaliknya.  Mungkin juga mendiamkan diri lebih baik dan biarkan ia berlalu dan masa mengatasi segalanya.  
Yang keras jadi lembut.
Yang panas jadi sejuk.
Yang benci jadi sayang.

Tanggungjawab ku kini berat.  
Aku ibu dan bapa kepada anak-anakku.  
Ooops tidak itu saja.  
Aku juga teman dan rakan tempat mereka berjenaka dan berkongsi masalah.
I try to be open to both of them.
Semua keputusan ditanganku.  
Apa-apa masalah yang kami bertiga hadapi, aku yang pasti perlu memikirkan strategi tindakan.  
Kalau salah strategi atau tindakbalasku, aku yang menerima padahnya.
Kalau betul, syukur akan ku panjatkan.
Aku yang bertanggungjawab atas tindakanku.

Gambar sekadar hiasan..... aku pun sik tahu apa relevannya gambar ini...hehehe

Pemikiranku dah matang.  Lama dah pun.  Cuma kini kena berfikir lebih... hehehe.

Rezeki dan jodoh di tangan Tuhan.  Percayalah.
Yup.... memang aku percaya. 
Kalau memang ditakdirkan kekayaan atau kesenangan kamu setakat itu, maka itulah bahagianmu.
Dan kekayaan mu tidak berpanjangan jika kesyukuran tidak kau panjatkan.
Kalau memang ditakdirkan kesusahan atau kesempitan kamu setakat itu, maka itulah deritamu.
Dan deritamu tidak mungkin berpanjangan kerana Tuhan mengujimu kesabaranmu.
Be thankful always.  Redha.


Maka kalau jodoh aku dengan kamu, dengan kamu lah aku menghabiskan hayatku...
Sapa? Syok sendiri je..

Nya gia tek? He he he..... ya ujungnya. 

Sekadar meluah perasaan dan mengukirkan kata-kata yang turun dari minda dan hati yang bengang dengan kerja yang melambak..... isu semasa yang mengelilingi diri ini...




1 comment:

Uncle Lee said...

Hello Tia, how you doin'? Just dropped by to wish you and family a selamat hari raya and every good wishes.
Happy holidays and you simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

There was an error in this gadget