Tuesday, April 21, 2015

Goyahkah keimananku keimananmu?


Goyahkah keimanan aku
sebagai seorang Kristian
bila mendengar laungan azan baik dari masjid, radio atau tv
adakalanya hatiku sayu mendengarnya
tidak, keimananku tetap kukuh

Goyahkan keimanan aku
sebagai seorang Kristian
bercampur gaul dengan rakan muslimku
bertepuk tampar bergurau senda makan bersama
tidak, keimananku tetap kukuh

Goyahkan keimanan adikku
sebagai seorang Muslim
bila berkumpul bersama ketika Hari Gawai atau Krismas
anak-anaknya, suaminya juga
tidak, keimanan mereka tetap kukuh

Goyahkah keimanan adikku
sebagai seorang Muslim
bilamana melihat tanda salib dan kitab injil di rumah kami
anak-anaknya, suaminya juga
tidak, keimanan mereka tetap kukuh

Goyahkah keimanan kami
sebagai seorang Kristian dan Muslim
bilamana kami menghormati pegangan agama masing-masing
malah tidak pernah menghasut atau memburukkan
ruang solat disediakan dirumah kami
juga selalu memastikan makanan halal disediakan bila makan bersama

Ya... keimanan kami tetap kukuh.

Keluarga Majmuk 1Sarawak
Dua orang adik perempuanku memeluk agama Islam kerana perkahwinan.
Mereka bahagia.  Selalu bertandang ke rumah ibubapaku.
Anak-anak kami rapat, dan faham akan pegangan agama masing-masing.
Kadangkala 'berambeh' makan berbuka puasa dengan mereka.
Apalagi kalau menjelang Hari Raya dan Hari Krismas.

Fenomena keluarga majmuk ini tiada yang diherankan di bumi Sarawak ini.
Ada keluarga yang majmuknya meliputi agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.
Juga majmuk dari segi bangsa Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Cina, India, Orang Ulu, Mat Saleh, Mat Hitam duduk serumah.

Anak-anak saudaraku, beragama Islam tapi dijaga dan dibesarkan oleh nenek dan atuk mereka (mak dan bapa saudaraku) yang beragama Kristian dari kecil sampai dah besar panjang.  Mereka masih dibesarkan berpandukan agama Islam, halal dan haram dijaga. Keimanan mereka tetap kukuh kerana adanya rasa hormat terhadap agama yang dipegang.

Oi sidak sinun!  Kenak kitak orang kolot gilak, pendek akal gilak macam ya?
Cuba tanggar kamek orang sitok.  Diam sama, renah jak ngatur hal dirik empun.
Sik da nak ngasut sama dirik.  Sik da nak molah hal bantah sia bantah sitok.
Aman damai jak kamek orang sitok koh.
Kitak orang malar jak madah kamek orang mundur dari segi kemajuan tapi kamek orang tersangatlah maju dari segi keharmonian hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama.



2 comments:

monalea said...

sidak sitok nang. kamek dah dekat 10 tahun sitok mcm2 dah dilihat. sarawak juak best didiam

Tia said...

menar kata kitak mona lea..
heran juak ngan sidak sinun