Thursday, June 25, 2015

Nak approve ke tidak? #klikdenganbijak

The picture above is a screenshot on my friend request list in FB.
Hoohaaa..... banyak nyer mat saleh nak jadi fren kita.  Ada yang hensem, ada yang muda, ada yang bergaya, ada yang berumur tapi berkedudukan dan berkerjaya je nampaknya.
Kerja engineer, kerja manager, CEO, majistret, lawyer.... eh eh melarat ke citer Kassim Selamat dah.




Sekolah tinggi yo.... sampai ke Harvard and Oxford.  Kerja hebat pulak tu.... Director of Engineering.

Jangan.... jangan... jangan kau tergoda
Di sebalik wajah yang ganteng dan menawan itu
Berselindungnya pak hitam yang mencari mangsa

Well well.... kita tak tergoda sekelumit pun.  Kita tak main international.  Kita main local-local aje. Susah nak atur hidup, nak accomodate dia orang, nak SESUAIkan diri pula.
Tapi kalau jodoh dah termaktub sebegitu in future nak buat macam manakan?

Kepada yang lemah semangat atau desperet tu memang akan tergoda dengan request dia orang ni. Mana tak, tetiba je mat saleh hensem nak berfren-fren dengan you di FB.
Oh lawa jugak aku ini sampai mat saleh tertarik dengan aku... kata hatimu.
So you accept or approve the request.
Mula-mula tu biasalah buat ayat-ayat perkenalan.  
Rindu kat awak.  
Dah makan? 
Buat apa tu? 
How was your day? 
I miss you.
I love you.

Beberapa minggu lepas berchatting online...

Situasi 1
Mulalah cakap nak datang melawat ke Malaysia lah.
You akan terima panggilan dari pihak kastam kat airport cakap your mat saleh boifren tadi kena tahan dah.  Kalau yang kerja engineer, akan diberitahu yang dia terbawa bahan chemical lah.  So kalau nak lepas kena bayar 2-3 ribu.  Panggilan dari KLIA, pegawai kastam wanita bercakap melayu..... al kononnya.

Situasi 2
Boifren mat saleh you tadi alkononnya nak hantar hadiah.  Hadiah mahal pulak tu... hp or ipad contohnya. Juga kena tahan dengan kastam.  Juga panggilan dari KLIA, pegawai kastam wanita bercakap melayu.... al kononnya.  Minta bayaran 2 - 3 ribu kalau nak lepaskan hadiah tadi.

Macam mana aku tahu?  My fren and my cousin dah kena.  Tapi nasib tak tertipu.
I advised my cousin to forget about it dan jangan layan panggilan dia orang.  Nasib sempat tak terjebak.  Ada yang tertipu sampai berpuluh dan beratus ribu.  Ini mesti kes kena ugut sebab dah hantar gambar-gambar sexy tahap gaban.

Morals of the story are:
Belilah barang buatan Malaysia.  Makanlah buah-buahan tempatan.


5 comments:

Jacqueline Chong said...

LoL! Ada Banyak juak Aku pun fb.... silap hari nya kenak Aku sumpah sampai ke cucu cicit nya soi...

Tia said...

hahaha.... sumpah indah

Ez Vina said...

Betul, byk glak dah tertipu, aku pun heran.

Tia said...

ya lah fren... some girls sure tertipu tergoda

Tia said...

ya lah fren... some girls sure tertipu tergoda

National Geographic POD