Tuesday, March 08, 2011

hey... si hensem!

maaf ya kalau aku tak membalas senyumanmu. rasanya aku cuba nak senyum tapi tak kesampaian sebab menahan sakit kepala yang amat. maklum saja, aku dalam perjalanan masuk ke klinik, kau pula baru selesai berurusan di klinik sambil menjinjing beg plastik mengandungi ubat-ubatan.

tentunya kau kenal aku sebab kau dulu tersenyum padaku. aku pula, hendak tak hendak membalas senyummu sebab masih berfikir:

(1) adakah sememangnya kau melontarkan senyuman itu padaku? atau ada orang lain di belakang ku?

(2) aku kenal kau kah? di mana dan bila pula kita pernah bersua muka?

(3) adakah kau kawan kepada rakan2 ku atau adik2 ku?

(4) atau kau kenal aku sebagai big momma, maksudnya kau salah seorang pembaca blogku?

orangnya hitam manis, berkumis nipis. berbaju t-shirt warna putih. kamukah itu?

kejadian berlaku pada hari Khamis, 3 Mar yang lalu sekitar jam 10.30pagi berdekatan dengan sebuah klinik yang berhampiran dengan RHB Tabuan Jaya. hari tu aku sakit kepala, minta excuse ngan boss pergi klinik lalu MC.

terperasan lebih pulak bila ada orang hensem senyum kat kita... hahaha.


7 comments:

Faizal n Fashitah said...

oOOoo sapa ya ka mama hoh? Bukan kamek ya ka? yerRRr eheheh...

Globalized Dayung said...

Laki hansem mun senyum ngan kitak ko, boleh naik mata ala2 Ziana Zain embak lagu Madah Berhelah...

Mbok Ema said...

hehehehee. murah dgn senyuman urg ya. kali nya tauk dirik nya hensem kali. cek2 tek menar juak nya follower kitak duhal. heheh.

CathJ said...

hehehhehe... tu lah kadang2 masalah nya.. nanti senyum silap org lah pulak... hihihi...

Coffee Girl said...

anda pasti dia tersenyum? atau tersengih sebab ada benda lekat kat gigi kitak? hahaha... Sesungguhnya hukum alam telah tertulis: apabila jejaka tampan menghadiahkan sebuah senyuman, maka haruslah anda membalas dengan penuh makna juga, macam dunia ini anda yang punya. *SENYUM*

Puan Isah said...

You have a great blog, kmk following ktk juak :)

Ha ha..mun mak isah pun dah mesti senyum balik ya... :p

Big Momma said...

F&F,
mun kitak awal kmk lari takut digambar lalu keluar lan blog kitak jadi apakebende ntah....hahahaha

dayung,
byk2 hensem tapi mun berkumis hati kmk cair ...kekeke

ema,
ya lah koh.

CathJ,
saya pernah kena, tegur salah org sebab perasan org itu senyum sama kita....:)

ngang,
ya dah macam iklan chewing gum ya ndak? waakakaka

Puan Isah,
TQ and welcome!

There was an error in this gadget