Thursday, February 09, 2012

Pilihan




Pilihan yang kita buat dalam menghadapi sesuatu situasi akan menentukan langkah kita seterusnya.  Adakah pilihan itu menyebelahi kita? Adakah pilihan itu menyenangkan kita? Adakah pilihan itu membuat kita menerima seadanya. Saya lebih rela membuat pilihan yang tidak membebankan saya sebolehnya.  Tetapi kalau keadaan tidak mengizinkan, saya lebih rela menerima seadanya.

Apakah yang dileterkan atau dalam Bahasa Sarawaknya 'dikerepakkan' ini?

Dua insiden yang berlaku minggu ini, mencuit hati saya untuk dikongsikan bersama.

Pertama, seorang rakan telah membuat kesimpulan yang saya cuba menghindarkan diri dari dihubunginya.  Seutus pesanan ringkas telah saya terima petang kelmarin.  Telefon bimbit saya telah dilanda masalah tidak dapat dihubungi seharian pada hari Isnin sehingga ke tengahari hari semalam.  Aduhai.... terkejut saya membaca pesanan ringkas dari rakan tersebut.  Si rakan berada di Kuching untuk sesi latihan untuk kejohanan sukan jabatan.  Saya faham dia cuba nak menghubungi saya dan mungkin ingin mengajak saya keluar.

Saya dituduh sengaja mematikan telefon bimbit agar tidak diganggu semasa cuti am pada hari Isnin.  Dan sehingga hari ini si rakan tidak menghubungi saya, mungkin dah merajuk.  Saya sempat membalas smsnya dan menerangkan mengenai situasi telefon bimbitku itu.

Apakah pilihan yang telah saya buat di sini?
Saya memilih untuk berdiam diri sahaja.  Berikan si rakan tempoh bertenang kalau rajuknya itu tak hilang lagi.  Saya memilih untuk membiarkan saja si rakan dengan anggapannya.  

Insiden kedua, seoarang anak saudara telah meminta pertolongan, Amat terdesak bunyinya.  Budak ini mempunyai rekod nilai murni yang tidak berapa membanggakan.  Tapi naluri seorang ibu sentiasa membayangkan jika anak sendiri dalam kesusahan dan meletakkan anak sendiri di kedudukan tersebut.  Sudah tentu saya ingin membantu.  Beri peluang walaupun saya tahu pertolongan itu tidak akan dibalas.  Dan sesungguhnya benar sangkaan saya pada mulanya.  Dia mempermainkan dan membohongi saya.

Apakah pilihan yang telah saya buat di sini?
Saya memilih untuk berdiam diri juga sambil berdoa untuk kebaikan budak ini.  Malas nak memanjangkan cerita ini kepada ibubapanya.  Meleret pula jadinya nanti.  Mungkin mengaibkan mereka juga.  Banyak pemikiran dan timbang taranya kena buat di sini.  Demi keharmonian pertalian keluarga, kita diamkan sahaja.

Selamat malam...


4 comments:

surie wan said...

itulah resam dunia...seandainya kita kena buat pilihan.. ada pro dan kontranya

Tia said...

Cik Surie,

betul dik. kena buat timbang tara tolak campur bahagi darb benar2..

Uncle Seven said...

tua2 bangka pun mauk merajuk laaaaaaaa

mr_abs said...

hmm. mun kmk ka, biar kita sik polah jaik ngn urg. biarlah urg piker apa ngn kita.


tp mun udah kenak, kedak 2nd cita ya, aaa. harus kita rasa jerak