Pilihan yang kita buat dalam menghadapi
sesuatu situasi akan menentukan langkah kita seterusnya. Adakah pilihan
itu menyebelahi kita? Adakah pilihan itu menyenangkan kita? Adakah
pilihan itu membuat kita menerima seadanya. Saya lebih rela membuat
pilihan yang tidak membebankan saya sebolehnya. Tetapi kalau keadaan
tidak mengizinkan, saya lebih rela menerima seadanya.
Apakah yang dileterkan atau dalam Bahasa Sarawaknya 'dikerepakkan' ini?
Dua insiden yang berlaku minggu ini, mencuit hati saya untuk dikongsikan bersama.
Pertama,
seorang rakan telah membuat kesimpulan yang saya cuba menghindarkan
diri dari dihubunginya. Seutus pesanan ringkas telah saya terima petang
kelmarin. Telefon bimbit saya telah dilanda masalah tidak dapat
dihubungi seharian pada hari Isnin sehingga ke tengahari hari semalam.
Aduhai.... terkejut saya membaca pesanan ringkas dari rakan tersebut.
Si rakan berada di Kuching untuk sesi latihan untuk kejohanan sukan
jabatan. Saya faham dia cuba nak menghubungi saya dan mungkin ingin
mengajak saya keluar.
Saya
dituduh sengaja mematikan telefon bimbit agar tidak diganggu semasa
cuti am pada hari Isnin. Dan sehingga hari ini si rakan tidak
menghubungi saya, mungkin dah merajuk. Saya sempat membalas smsnya dan
menerangkan mengenai situasi telefon bimbitku itu.
Apakah pilihan yang telah saya buat di sini?
Saya
memilih untuk berdiam diri sahaja. Berikan si rakan tempoh bertenang
kalau rajuknya itu tak hilang lagi. Saya memilih untuk membiarkan saja
si rakan dengan anggapannya.
Insiden
kedua, seoarang anak saudara telah meminta pertolongan, Amat terdesak
bunyinya. Budak ini mempunyai rekod nilai murni yang tidak berapa
membanggakan. Tapi naluri seorang ibu sentiasa membayangkan jika anak
sendiri dalam kesusahan dan meletakkan anak sendiri di kedudukan
tersebut. Sudah tentu saya ingin membantu. Beri peluang walaupun saya
tahu pertolongan itu tidak akan dibalas. Dan sesungguhnya benar
sangkaan saya pada mulanya. Dia mempermainkan dan membohongi saya.
Apakah pilihan yang telah saya buat di sini?
Saya memilih untuk berdiam diri juga
sambil berdoa untuk kebaikan budak ini. Malas nak memanjangkan cerita
ini kepada ibubapanya. Meleret pula jadinya nanti. Mungkin mengaibkan
mereka juga. Banyak pemikiran dan timbang taranya kena buat di sini.
Demi keharmonian pertalian keluarga, kita diamkan sahaja.
Selamat malam...
4 comments:
itulah resam dunia...seandainya kita kena buat pilihan.. ada pro dan kontranya
Cik Surie,
betul dik. kena buat timbang tara tolak campur bahagi darb benar2..
tua2 bangka pun mauk merajuk laaaaaaaa
hmm. mun kmk ka, biar kita sik polah jaik ngn urg. biarlah urg piker apa ngn kita.
tp mun udah kenak, kedak 2nd cita ya, aaa. harus kita rasa jerak
Post a Comment