Friday, June 08, 2012

Ayam pansuh a.k.a chicken in the bamboo version 1.1, version 1.2....


My secondary school friend, Amelia a.k.a Amoi (she is now a lecturer in UiTM Manjung) has asked for the recipe of Ayam Pansuh a.k.a Chicken in the bamboo...

There are a lot of versions for cooking the dish.  Actually, u can google for the recipes, but kawan dah minta kenalah bagi our version.  Even our version pun ada version 1.1, version 1.2, version 1.3.... ha ha ha mentang-mentang lah kerja kat company IT, resepi pun berversion-version.

Kenapa berversion pulak?
....... version 1.1 = my mum punya version
....... version 1.2 = my hubby punya version
....... version 1.3 = surprise!!! sila baca habis

Okay, lets check out version 1.1

seekor ayam dipotong kecil-kecil
beberapa biji bawang merah, bawang putih, sedikit halia - ditumbuk
2-3 batang serai diketuk (lagi banyak lagi sedap, sebab aromanya)
5-6 batang umbut tepus (sepupu species lengkuas) - dipatah pendek-pendek (ni opsyenal, ada taruk, tak ada tak yah)
seikat daun ubi diramas-ramas mesra... - daun ubi boleh gaul dengan ayam kalau suka, kalau tidak akan jadi penyendal buluh or 'stopper' I call it.
garam ikut rasa
aji no moto - ikut rasa

Cara memasak:
Ayam yang dipotong kecil-kecil tadi digaul dengan bahan-bahan yang ditumbuk, serai, umbut tepus kalau ada, daun ubi yang diramas kalau suka, garam, aji no moto.  Sediakan buluh.  Masukkan ayam yang telah digaul tadi kedalam buluh sedikit demi sedikit sehingga agak-agak 3 suku penuh buluh tadi.  Tuang sedikit air.  Kemudian sumbatkan daun ubi sebagai penyendal / penutup buluh tadi.

pic from google

pic from google
Masaklah buluh tadi seperti membakar lemang.  Nak tau macamana kalau dah masak?  Tengok rupa penyendal (daun ubi yang disumbat tadi), kalau dah berbuih2 dan keluar stim... ha... kira dah masak lah tu.  Bila menuang bahan didalam tadi, daun ubi penyendal tu jangan dibuang.  Campur dan makan sekali.... Sedap...

version 1.2

bahan-bahan seperti di atas
extranya... biji lada hitam, daun kunyit yang diracik-racik
kekadang boleh tambah tempoyak (ayam pansuh bertempoyak)

cara memasak:
sama seperti di atas... :)

version 1.3

bahan-bahan ikut suka version 1.1 atau version 1.2

cara memasak:
Kepada yang duduk kat hutan batu, duduk apartmen ngan condo, budak2 universiti or kolej or maktab yang susah nak cari buluh..... sila gunakan periuk biasa instead of pakai buluh.  Masukkan semua bahan tadi dalam periuk bersama daun ubi yang diramas (part masak pakai periuk ni kena masuk daun ubi baru terasa), dan dimasak atas api sederhana.  Tambah 'secukup rasa' or 'sesedap rasa' or pati ayam sikit....

Of course part yang kureng kat sini adalah aromanya, tapi bolehlah kalau terdesak.

pic from google
U can replace the chicken with other meat, udang or ikan... For chicken, preferable masak part tulang, especially wing, tulang kaki, kerongkong etc...  Kalau ikan gunalah ikan sultan, ikan patin, ikan keli, ikan sembilang...... fuyooo.... nyaman deng!!

Kesedapan dan kenyamanan masakan anda adalah terpulang kepada skil masing-masing atau lebih dikenali 'kung fu' masak anda sendiri atau air tangan anda sendiri.  Saya, Big Momma tidak akan bertanggungjawab kalau ayam pansuh anda jadi lauk kurang masin or tak ada rasa lalu....or bertukar jadi sup ayam (sebab terlebih air) or ayam rendang kering tak berempah....he he he

Selamat mencuba..... ;)

p/s Amoi... ambik gambar mun u masak kelak!!

9 comments:

Ms Tikot said...

Nyamannya... lamak x makan ayam pansoh...

Yumida said...

nyamannyaaaaaaaaa...mok juak molah..tp xda nemu buloh...

Willie a.k.a reptoz said...

Yg paling penting, pandai molah api dan bakar buluh.

Tia said...

Ms Tikot,
masak le... u kan terer masak..hehehe

Yumida,
cari di pasar satok or any pasar tani, pasti ada buluh... mun sik, refer version 1.3...:)

Willie,
Hi kawan.... long time no hear from u but I always melawat ur blog le...hehehe
Part molah api ya nang sik pandei I koh, kerja ya delegate ngan orang lain jak....:)

Coffee Girl said...

Tia, sampai hati kau. Aku lom makan gik tok. Huhuhu. Keluar air liur ku membasahi dagu... :-(

Lee said...

Hello Tia, wow! this ayam cooked in bamboo looks really delicious!
I sure would love to have a piece. No, make it two.
I guess it really cooked well being steamed or cooked this way.

Pity we got no bamboos here in Canada.
You have a nice day.
Lee.

lily lotus said...

pergh! rumit jugak, kalau camni kompen sedap ;)

Tia said...

coffee girl,
nah tisu...hahaha

Uncle Lee,
This dish memang delicious.. better still if you cook the three layer meat. No bamboo still can pakai periuk...hahaha

lily,
bunyi macam rumit tapi sebenarnya senang je... part susah tu masa nak buat api je..:)

Amoi said...

TQ so much, kelak encoba version 1.3...sik ada nemu buluh....periuk byk di dapurku....