Thursday, January 03, 2013

No kangkang, kepit only


Terkejut I dengar radio pagi tadi.
Para wanita dilarang membonceng motosikal bersama lelaki secara duduk mengangkang.
Tempatnya nun di Bandar Aceh, Sumatera.
Membonceng secara begitu dilabelkan sebagai tak sopan.
Kalau nak juga bonceng, kena duduk mengiring...

I pernah membonceng motosikal masa mula kerja dulu sebab masih belum mampu beli kereta.  Dan I dapat bayangkan part u duduk mengiring tu....  kalau naik motosikal biasa no hal lah.  Cuba naik Kawasaki Ninja or motosikal jenis yang racing-racing gitu.... mana dapat mengiring duduknya.  Cari nahas ada lah.

Kalau duduk mengangkang tu memanglah ada partnya yang tak sopan.  Especially, kalau part membrek, confirm belakang orang depan tu kena sondol dua bukit.  Syiokkan?
Kekadang ada yang sengaja membrek tak tentu pasal...hehehe

gambar google
Banyak kali juga I ternampak pemandangan seperti di atas bila ada pemboncengnya wanita .... kalau putih, gebu dan padat tak apa lah juga.  Kalau yang hitam, gelap dan berdot-dot, aduh sakit mata memandang...

gambar google
I imagine part u duduk mengiring tu... ingat filem-filem lama especially filem P.Ramlee.  Muda-mudi naik vespa, makwe-makwe semua duduk belakang mengiring dan mengepit je kakinya sambil melambai-lambai... Tu memang lah padan coz fesyen time tu memang pakai baju dan kain ketat.  Mana boleh duduk kangkang-kangkang kan?



1 comment:

Lee said...

Hi Tia, ha ha, its quite common to see such behaviour on bikes where I am....
Guess there'll always be showy people.
Wishing you and family the very best of the new year.
Lee.