Thursday, January 17, 2013

Pendek bukan kerdil tapi kurang tinggi.


Apa yang akan I tulis (mana ada tulis, taip)... eh .. ceritakan dibawah ini tidak berniat untuk menghina atau memperlekehkan mereka-mereka yang 'kurang tinggi'. Cerita dihimpun dari bualan harian, dengar radio dan dari pengalaman seseorang yang dikongsikan oleh pencerita.

Niat adalah untuk menghiburkan semata-mata ....


Cerita 1 - Terlepas simpang (ikut suara Doraemon untuk lebih efek)

Okay, yang ni citer dari my hubby sendiri. Pengalamannya masa masih bersekolah dulu. Masa sekolah menengah dia duduk asrama at a well known college di Jalan Kuching-Serian. Mostly those days memang ramai budak- budak dari kampong yang duduk kat hostel kalau bersekolah menengah. Kalau nak balik hostel selepas weekend kena naik bas. Ermmm... At that time mana ada bas yang canggih dan berekon. Bas STC lah femes time tu.

That day ramailah dia dan rakan-rakannya sama-sama naik bas. Dah nak sampai simpang nak masuk ke kolej or hostel, sorang tengok sorang. I tengok u, u tengok I. In the end simpang dah terlepas. Nasib ada makcik sorang tekan bell untuk berhenti at the next stop at a kampung. Hubby and frens pun orang pun turun ramai-ramai sekali sambil menyumpah dan ketawa sesama sendiri.

Nak tahu kenapa?
Dia orang kurang tinggi, so malu nak naik kerusi bas untuk tekan LOCENG.
Nasib ada makciik tekan loceng for the next stop. Kalau tak lagi jauh dia orang berjalan back to the hostel.....hehehe.


Cerita 2 - Aku tak sampai (ikut suara Doraemon untuk lebih efek dan ikut nada lagu Aku Tak Biasa)

Cerita hubby ku lagi. Banyak eh dia punya cerita. Boleh jadi penglipur lara. Kalau dia lepak with his frens for their drinking session, kalau dia tak ada.... Sunyi je. Kalau dia ada, merial uolls coz tukang karut / penglipur lara is around... Tok dalang I gelar him. Astaga, pangjangnya mukadimah.. Back to the story.

A fren of his. Selalu traveling bersama kalau event or function tu melibatkan the agencies under the same kementerian. Tiap kali traveling, his fren akan check in the luggage. Many times. Hubby malas nak tanya kenapa, dia diam je. So happen that the last trip dia orang bersama, he got his answer. Tak tanya tapi thru observation.

Sama naik flight. Kali nie tak check in luggage. Masuk flight, cari tempat duduk. His fren depan sikit dari dia. Then my hubby saw his fren asking the junior staff to assist him untuk naikkan luggagenya ke tempat simpanan luggage kat atas. My hubby senyum. Persolannya terjawab. His fren kurang tinggi, so sukar for him to simpan his luggage kat tempat simpanan atas....... Padunya tek kata orang Sarawak....


Cerita 3 - Terlucut...ooops ( tak yah ikut suara Doraemon dah)

Pagi tadi dengar citer nie kat radio. Alkisah seorang guru sedang sibuk menyiapkan perlatan sukan untuk Hari Sukan Sekolah. Cikgu XY (bukan nama sebenar), meletakkan peralatan sukan seperti bola, baton dan sebagainya ke dalam beberapa buah bakul. Dah siap tentu nak hantar ke padang. Nak jalan ke padang jauh... So, dia buat shortcut. Dia bawa bakul- bakul tadi ke tepi pagar, dekat ngan padang dan memanggil seorang guru di sebalik pagar untuk menolongnya. Kerana kurang tinggi, dia pun mengangkat bakul untuk diserahkan ke rakan di sebelah pagar. Cikgu XY terpaksa berdiri atas jejari kakinyanuntuk meninggikan dir. Bila berada dalam posisi tersebut, perut akan dikempiskan dan pinggang menyelim jadinya.

Akibatnya, seluar Cikgu XY terlucut ke bawah..... Hahaha. Cepat-cepat cikgu melepaskan bakul tu dan menaikkan seluarnya balik....


Happy Thursday!!!




No comments: