aku tahu aku hanya yang biasa-biasa saja
bukan jenis glemer
bukan jenis high class
tak mungkin kau melihat aku di jamuan-jamuan di hotel kelas 5 bintang
apatah lagi di restoran makanan segera
aku faham asal usulku
aku tahu mana datang diriku
bukan berasal dari Bukit Antarabangsa
atau jauh sekali kau menemuiku di taman-taman bunga
tapi hari ini aku sudah terkenal
namaku bermain dibibir mungilmu
namaku mainan ketikan jejarimu
seantero Malaysia menyebut-nyebut namaku
ya... nama saintifikku Ipomea Aquatica
bila kau melihat aqua... semestinya aku berdekatan air
kat mana lagi kalau bukan melukut di tepi parit atau longkang
izinkan aku mengecapi keglemeran ku seketika
izinkan nama ku ditaip di status fb, twitter dan blog..
hidup bagaikan roda, ada kala kamu di bawah .. ada kalanya namamu dijulang
kini giliran namaku dijulang!!
hanya kerana Pak Jib, terimakasih
kepada penyokong dan peminat setiaku
teruskan order...
kangkung goreng belacan
kangkung celur ulam sambal belacan
tenyata sungguh berkhasiat dan melawaskan penyingkiran toksik badan
dan murah lagi kini....
hargaku dah turun!!!
ayuh ke Siaw Kang, ayuh ke Lock Ann, ayuh ke Padang Jubli....
kita makan rojak sotong kangkung
2 comments:
Nyaman eh rojak sotong kangkung!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ... ROJAK SUNTONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG KANGKONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!
Post a Comment