Friday, August 29, 2014

Citer Tin Kaya


Circa: Late 1960s
Lokasi: Sebuah sekolah berasrama nun di Serian
************************************

Alex terbangun mendengar bunyi ayam berkokok.
Dah siang lah ni, bisiknya di hati.  Nak tengok jam, tak ada.  Bapanya tak mampu belikan. Bergegas di ke bilik mandi.  Kalau lambat nanti, terpaksa tunggu giliran.  Nanti kalau nak melepas ke apa, mana syok kalau orang tunggu depan pintu. Dah siap mandi dan menjalankan sistem perkumuhan, dia balik ke bilik asramanya.  Rakan-rakan ada yang dah bangun, ada yang masih terbongkang tidur.

'Eh... giliran aku bertugas membantu di kantin pagi ini' katanya sambil berbaju dan kemudian menyikat rambut.  Alex memang suka bertugas di kantin.  Tiap-tiap pagi dan petang pun tak apa fikirnya.  Banyak untung membantu di bahagian dapur kantin.  Paham-paham jelah.  Duduk asrama makan ikut masa. Ada had pulak tu.  Kalau lauk sesenduk je hadnya, ayam seketul.  Dan ayam bukan selalu dapat.  Seminggu mungkin sekali.  Kalau nasib bagus, ada buah epal disajikan.  Budak-budak kampung manalah pernah makan buah epal.  Memang satu bonus kalau dapat merasa masa tu.

Alex tersenyum sebaik saja sampai di bahagian dapur kantin.  Di tepi rakannya yang turut sama bertugas di kantin, Abu tersenyum sinis juga.  Menu sarapan hari ini adalah roti bantal (sandwich) dengan kaya. Mereka berdua bersiap- sedia di belakang kaunter kantin. Tak lama lagi para pelajar akan bersusun untuk mengambil sarapan. Abu menyusun kepingan roti di atas talam. Alex pula dengan bersungguh membuka tin kaya.  Kaya dituangkan dalam bekas dan tin-tin kosong dikumpulkan ke tepi.

Para pelajar pun mula berbaris.  Setiap seorang diagihkan 3 keping roti dan dua sudu kaya di atas pinggan kecil berserta secawan air teh kosong.  Sudah cukup untuk mengalas perut sehingga waktu rehat pukul 10.30 pagi nanti. Setelah selesai semua pelajar mengambil agihan masing-masing, Alex dan Abu pun mengemas dan mengumpul lebihan roti dan tin-tin kosong kaya tadi. Bermulalah agenda kegirangan mereka berdua.

Mereka berdua duduk di tepi kaunter.
Alex dan Abu kemudian mengambil satu tin kosong tiap seorang.  Dengan hati-hati mereka memasukkan jari telunjuk mereka dan mencolek lebihan kaya dalam tin tadi.  Satu colekan berjaya terus dimasukkan dalam mulut.  Dan seterusnya.


"Aahhh..... sedap...... nikmatnya...." kata mereka berdua sambil tertawa.
Sekali-sekala dicalitkan ke atas kerak-kerak roti yang lebih tadi.
Sekali-sekala diteguk air teh kosong untuk membasahkan tekak mereka berdua.

Licin sudah tin-tin kaya tadi dicolek.
Mereka berdua tersenyum kepuasan dan kekenyangan.

Kring.......kring....
Loceng masuk kelas pun dah berbunyi.

**************************************
Cerita ini sebenarnya pengalaman sebenar my late hubby semasa tinggal di asrama sekolah dulu.  Alex itu adalah dia.  Banyak kisah-kisah lucu mengenai pengalamannya diceritakan semula kepada kami bertiga.

Selamat berhujung minggu!







4 comments:

Unknown said...

Awww.. Tumpang seronok bila org share zaman2 masa gik kecik dolok, especially cdak yg diam asrama. Maklumla, kmk tok xda pengalaman diam asrama, pelajar harian dr darjah 1 sampei form 5.

Thanks for sharing Kak Tia. A simple story, but pleasantly beautiful. May his soul rest in peace.

Tia said...

Auww.... so sweet..
Thanks Khairool..

Willie a.k.a Reptoz said...

Pernah saya tinggal d asrama. Hehe

Tia said...

willie..
kalau pernah tinggal asrama for sure a lot of unforgettable experiences kan?