Hari panas minum cola
Tekak haus tak terkira
Hari Jumaat hari yang mulia
Hujung minggu kita bersuka ria
Jus tembikai, jus limau
Ice lemon tea penghilang dahaga
Hidup berharmoni kita mau
Walaupun kita berlainan bangsa
Buah Naga kaya anti oksida
Dibuat jus enak sekali
Familiku majmuk berbilang bangsa
Mesra dan pastinya saling menghormati
Kopi o kopi susu
Minuman klasik berzaman-zaman
Hey there hey you
Apa khabar? Dah makan?
Kopi o peng minuman kesukaanku
Pagi petang malam boleh saja
Ku ucapkan selamat berhujung minggu
Eratkan silaturahim kita sekeluarga
5 comments:
kopi peng kegemaran saya
Pagi pagi bangunkan otak
happy mother's day Mama
slmt berhujung minggu jugak!
kmk xpandey berpantun,
tapi kmk suka minum kopi o peng juak..
dah try kmk mok berpantun tek..leput tetak sorg2 bila pantun x sekata..hahahahaha..nang terer ktk..
Coffeegirl.... Makacih
mahirah,
sik hal cuba-cuba jak..
kmk tgh minum NESKEFE PENG!
x boleh jadi tok, ambo pun nak berpantun juak...
buah betik buah nanas
buah semangka buah honey dew
di buat jus penghilang dahaga
manakan sama si buah dada
sekali terkena abang tergoda heheheehehhe
Post a Comment