Wednesday, November 19, 2014

Kecamukan emosi.


Kadang kala perasaan dan hati ini terlalu marah.
Ingin saja dilepaskan sedas dua das kata-kata hikmat.
Jari-jari dah gatal nak mengetik keypad menyusun ayat-ayat bisa.

Tapi......
Diriku masih dapat menimbang cara.  Menyejukkkan hati dan menyabarkan diri.
Aku telah melatih diriku untuk tidak cepat melatah bila diselubungi kemarahan, atau masalah.
Banyak material telah ku baca. 
Banyak nasihat telah ku dengar dari pakar-pakar motivasi melalui media massa.

Jika kita marah atau didatangi masalah, jangan cepat melatah.
Banyakkan berfikir, sejukkan hati dan tenangkan jiwa.
Fikirkan dahulu apakah tindakan yang kita lakukan itu akan ada efeknya selepas dua tiga hari tempoh bertenang.
Fikirkan apakah tindakbalas kita itu nanti akan mengeruhkan lagi keadaan.
Fikirkan apakah tindakbalas kita nanti akan mengubah fikiran pihak yang terlibat.
Banyakkan diam dan berfikir.
Diam tidak bererti kalah.  Diam tidah bererti bodoh.

Kadangkala kalau kita berfikiran tenang dan redha dengan apa yang menimpa kita ketika itu, dengan secara ajaibnya mata kita dapat melihat jalan penyelesaian masalah dengan mudah sekali. Tuhan telah menpermudahkannya.
Kadangkala Dia sengaja menguji kita.
Kadangkala masalah akan terungkai dengan sendirinya.

As the saying goes..... let nature takes its own course.  C'est la vie!

Mari layan secawan kopi.... :)




*Mode emosional tak tentu pasal.
** Mode inggar bos pergi conference sambil makan angin tapi aku jaga ofis seminggu.



2 comments:

Coffee Girl said...

C'est la vie!

Najib Ariyan Ali Basha said...

tu yg best tu... bila marah bagi diri sendiri tempoh bertenang...