Musim panas, musim kemarau melanda.
Terasa amat kehangatannya sinaran dek mentari. Ada rasanya malas nak keluar rumah. Rela memeram sambil leka berFb, menonton CD atau hanya termenung mengadap dinding.. :)
Dua minggu berturut-turut, kita orang balik kampong, melawat kebun dan seterusnya bercanda ria di jeram. Kasihan melihat keadaan kebun yang telah berupa hutan sekunder. Rumput lalang dah tinggi. Kebun yang telah diwasiatkan oleh daddy mereka kepada Barry dan Cengal, dan juga kakak dan abang tiri mereka. Ku gagahkan diri untuk bertanya jika ada yang sudi untuk menebas dan memotong rumput. Syukur, ketemu juga walaupun dengan kos yang agak tinggi. Fasa pertama telah bermula minggu lepas. Terus kelmarin aku melawat untuk memeriksa 'progress' kerja. Kontraktor yang mengambil upah menebas dan memotong rumput itu adalah saudara kepada arwah sendiri, bekas kaunselor. Jadi kepada yang berkenaan, orang yang dilihat dan disangkakan kamu itu adalah 'ex-councillor Mr.R' dan bukan si dia. Faham? Fasa kedua akan dibuat minggu ini. Banyak lagi yang perlu dilakukan, rumah kebun perlu dikemaskan dan dibersihkan. Kita buat satu persatu hingga selesai.
Kalau arwah daddy mereka masih hidup, dia akan melakukan perkara yang sama. Kebun itu adalah cinta hatinya. Banyak yang telah dilaburkan tapi arwah tak sempat menikmati hasilnya. Tak apa, ku akan lakukan setakat yang mampu untuk mereka adik-beradik.
Acara seterusnya, apa lagi kalau bukan 'landing' di sungai. Seronok sungguh berendam dalam air yang dingin kerana kami tak bisa berenang...hehehe
Tangga yang dibina arwah daddy untuk turun ke sungai...
Masih tegap selepas beberapa kali air besar dan bah.
Sungai berbatu dan berpasir..
Keadaan sungai bila musim kemarau.
Bila musim hujan lebat, sungai ini bisa membanjirkan kawasan kampung yang tinggi.
Mak-mak dugong berendam.
Bersyampu di sungai
Anak dugong pun berendam juga...
Barry syiok bergayut...
Barry dengan aksi modeling atas batu.
Syiok kan MsCyril?
Thanks MsCyril for all the photos!
2 comments:
alu sik sik juak aku singgah sitok oo.. dah musim buah tek kah?
Hi, Nice post thanks for sharing. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.
Thanks!
Angela
angelabrooks741 gmail.com
Post a Comment