Wednesday, July 03, 2013

Rainforest World Music Festival 2013 (RWMF2013) - Bengkel Interaktif Tiada Batasan (Bahagian 1)


Kredit foto: Lembaga Pelancongan Sarawak

Rainforest World Music Festival edisi yang ke 16 telah pun berakhir.  Tahun ini ianya diadakan lebih awal sedikit untuk menghormati bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.  Bahang kehangatan dan kemeriahannya masih terasa, terutamanya saya.  Inilah kali pertama saya berkunjung ke festival yang berprestij ini walaupun telah bertahun lama ianya diadakan.  Cuma di Kuching dan bukannya di negeri lain pun, iaitu Kampong Budaya Sarawak.  Selama ini saya hanya mendengar cerita dari kawan-kawan dan membaca melalui media cetak.

Festival kali ini telah berlangsung mulai 28 sehingga 30 Jun 2013.  Ianya merupakan edisi yang ke-16.  Rainforest World Music Festival telah memenangi banyak anugerah peringkat anatarabangsa.  Antaranya adalah terpilih sebagai salah satu tempat dalam 'Top 25 Best International Festival 2013' untuk keempat kalinya.  Yang terbaru, festival ini telah dianugerahkan 'BrandLaurette Country Brand Award 2012-2013'.  

Anugerah sebeginilah yang telah memacakkan Sarawak dalam peta perlancongan dunia!

Festival ini sangat unik.  Ia telah sentiasa berjaya menyatukan ahli-ahli muzik peringkat antarabangsa dari seantero dunia dengan para pemuzik tempatan dari pendalaman kepulauan Borneo.  Malah, ia juga telah mempertemukan peminat-peminat muzik dari segenap pelosok dunia untuk berkumpul dan menghayati keindahan muzik dari benua, negara, bangsa dan kebudayaan yang berlainan.

Festival yang berlangsung selama tiga hari ini dibahagikan kepada dua komponen.  Pertama, di sebelah petang untuk tempoh tiga hari diadakan bengkel yang sangat interaktif, sesi 'jamming' dan konsert mini.  Sebelah malamnya pula diadakan persembahan di pentas utama yang merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh penonton yang datang dari jauh ataupun dekat.
Kredit foto: Lembaga Pelancongan Sarawak
Lan E Tuyang - Ikon Rainforest World Music Festival

Tahun ini seramai 21 kumpulan yang terdiri daripada 13 kumpulan pemuzik antarabangsa dan 8 kumpulan muzik tempatan membuat persembahan.  Senarai nama penghibur atau kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

1.  Gema SLDN-SCV (Sarawak, Malaysia)
2.  Maya Green (Sarawak, Malaysia)
3.  Lan E Tuyang (Sarawak, Malaysia)
4.  Madeeh (Sarawak, Malaysia)
5.  Native Chanting (Sarawak, Malaysia)
6.  Juk Wan Emang (Sarawak, Malaysia)
7.  Shangyin Chinese Chamber Music Ensemble (Sarawak, Malaysia)
8.  Rhythm in Bronze (Malaysia)
9.  Mohsen Sharifian & The Lian Band (Iran)
10.  Chet Nuneta (Perancis)
11.  Rey Vallenato Beto Jamaica (Columbia)
12.  Kries (Crotia)
13.  Kila (Ireland)
14.  Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afrika Selatan)
15.  Alp Bora (Austria)
16.  Palsandae: Korean Performing Arts (Korea)
17.  Habadekuk (Denmark)
18.  Spiritual Seasons (Ukraine)
19.  Nunukul Yuggera (Australia)
20.  Pine Leaf Boys (USA)
21.  Rafly Wa Saja (Indonesia)

Bengkel interaktif bermula jam 2.00 petang sehingga 4.45 petang dan diadakan dalam tiga lokasi berasingan dalam Kampong Budaya Sarawak iaitu Rumah Panjang Iban, Dewan Lagenda dan Teater.  Dalam setiap lokasi, tiga sesi persembahan dari tiga kumpulan berlangsung selama 45 minit setiap satu.

Pada hari pertama, saya telah mengikuti bengkel interaktif oleh kumpulan dari Iran, Mohsen Sharifian & The Lian Band di Dewan Lagenda.  

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Para penonton disajikan dengan nyanyian dan tarian yang unik daripada masyarakat di selatan Iran.  Bukan hanya menonton, para hadirin telah diajak bersama-sama untuk menari.  Ahli kumpulan tersebut telah mengajar langkah-langkah tarian berkenaan dahulu, dan ramai hadirin yang secara sukarela menggoyang badan mengikut rentak tari dan irama muzik.  

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Seterusnya, saya melangkah ke Rumah Panjang Iban di mana acaranya adalah persembahan 'Songs my mother taught me', dari pelbagai ahli kumpulan yang datang dari perbagai negara termasuk wakil dari Sarawak. 


Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Sungguh merdu dan mengasyikkan.  Para penyanyi telah berinteraksi dengan begitu mudah sekali, sahut-menyahut menyanyikan lagu mereka dan seolah-olah mereka telah lama berkenalan.  Terdengar gelak ketawa mereka dan tepukan para penonton menceriakan suasana di ruai rumah panjang itu.

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Bengkel interaktif  yang saya hadiri seterusnya adalah persembahan tarian oleh kumpulan peribumi Australia iaitu, Nunukul Yuggera.  Mereka mempamerkan keunikan cara hidup, agama dan lagenda puak mereka dalam persembahan tarian.  Tarian mereka sungguh hebat, bertenaga dan menghiburkan untuk ditonton. 

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Ramai penonton yang tak tahan mendengar rentak muzik yang mengasyikkan telah tanpa segan-silu menari bersama-sama.
 
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Negara kita yang aman dan makmur telah memberi keyakinan kepada pelancong-pelancong dari luar negara untuk kembali ke Bumi Kenyalang setiap tahun.  Tiada batasan dari mana asal kamu, apa bangsa kamu, apa status kamu dan beza warna kulitmu.  Muzik menyatukan kita!


4 comments:

Ophelia said...

Jangan lupa, satu gambar RM0.50. Hehehe...

Garner Wyne said...

Itu dia~~~...Kak Tia dah start ngerepak haha. Nice post btw :)

Tia said...

Ophelia.... no problemo hehehe.
Nanti belanja KFC baik punyer!

Garner,
Ngerepak tak pa jangan ngereco...hahaha

Ez vina said...

Wow.. Tiada batasan. Macam pernah dgr jak iklan ya.