Wednesday, July 31, 2013

Bukan iklan Along. Words of wisdom on trees.


Lokasi:  SK Jalan Ong Tiang Swee

Kan sejuk mata memandang...
Sambil tunggu anak keluar dari kelas, boleh cuci mata cuci minda.
Syabas cikgu-cikgu...




 



Tuesday, July 30, 2013

Bing ooo Bing



Mode ngerepak (membebel).

Aku ni penyabar orangnya.  Tahap kesabaran ku memang tinggi.
Sebab aku tahu kalau marah teramat marah, suara ku akan bergetar bila bercakap dan tanganku cepat nak melibas cari mangsa.  So, aku apply anger management.  Cewah.... ayat.
Tak lah I memang cool..... dalam hati banyak taman.  Taman bunga, taman burung, taman rama-rama dan taman rashidah utama.  Sukati swipe macam swipe phone nak tukar taman.

Petang tadi ke'cool'an aku tergugat.
Masih terkawal kerana tak ngerepak on the spot.  Cuma terdaya menyebut 'ASTAGA!!'.

Dari pagi dah plan nak masak spegeti.  No eat rice today.  Apart from spegeti, makan saladlah as a side dish.  Memang boleh buat sendiri, tapi not worth it.  Buatnya bukan banyak pun.  Just a portion for two.  So the vege nanti dok je dalam fridge sampai layu and not fresh anymore.

So petang tadi lepas fetch Cengal and Barry from my mom's place, aku drive terus ke 'BING COFFEE' di Jalan Keretapi nak beli caesar salad.  Caesar salad dia sedap.  Laipun si Cengal merengek minta dibelikan brownie.  Masuk cafe cuma ada 2 orang gadis tengah duduk bersembang.  Aku terus ke kaunter.  Order terus salad and brownie.  Take away pls.. Bayar and duduk tunggu.  

 
The clock showed 6.09pm as shown in the receipt.  Aku ngan Cengal duduklah sambil menyelak majalah.  Barry tunggu dalam kereta. Meja sebelah tak berkemas dari aku mula masuk tadi.

Hi hi hi..... kekekekeke... kedengaran bunyi the 3 ladies ketawa kat belakang kaunter.

"Aku ngembak mee tek pakei sungkey."
Bla.. bla..... bla....
kah kah kah...hahahaha... kedengaran bunyi gelak lagi.

"Aku raya tok sik meli baju raya.... meli jeans jak aku kali tok.."
Bla... bla.... bla...
kah kah kah....hihihihehehe

Jam menunjukkan pukul 6.19pm dah.  Aku bangun dan terus ke kaunter.

"Dik, order kamek tek dah siapkah? 

"Aie.... kitak sik molah kah tadi?" tanya si cashier yang berhahahahehehekakah tadi kepada rakannya.
Muka si cashier dah beliang.  Pucat. Malu.  Sik berani bertentang mata ngan aku dah.

"ASTAGA!!!"  itu je yang mampu keluar dari mulutku.

Yang aku order cuma salad ngan brownie.  Kalau diprepare tak sampai 5 minit pun.
Kalau aku order lasagna ke, carbonara ke.... berapa lama aku nak tunggu lagi?
Kalau pelanggan ramai aku sik kisah nak nunggu 10 -15 minit itu.
Ni aku sorang je pelanggan time tu.  Syiok nyer berbual sampai order tak buat.
Supervisor or boss tak ada ye..... bukan main lagi bersembang.  Sampai tak hengat dunia.  Aku yang malu pulak dengar dia orang bersembang coz aku dulu juga pernah bekerja di kaunter sugar bun (masa tunggu result SPM) or even kaunter imgresen.  Tatatertib kerja kat kaunter kena jaga ye adik-adik.

"Sori kak...  " kata cashier tek.

Nasib aku.  Kalau orang lain, ada kena sembur sampai basah dorang ni...



Wednesday, July 24, 2013

Cheapest way to shoo away the flies!



You aint gonna need an expensive weapon. 
You aint gonna need a fly spray, a chemical insecticide that comes in an aerosol can that is sprayed into the air to kill flies.

What you need is a blank CD and a piece of string! Yup.... just that.
Very economical, not harmful, not toxic.
Seriously.
Then you hang it like the picture below .....

 


Took this picture this afternoon while having lunch with Cengal and Barry at a coffee shop in Hui Sing. I saw three stalls hang the a few CDs like that and surprisingly..... no flies around.

I asked the stall assistant why hang the CD that way.  She answered me... the flies want to hear the songs too...


Friday, July 19, 2013

Kiss on the forehead.


Show me your love baby!
And how would u do it?  Hug? Buy gift? Go for a dinner? Kiss?
There are so many ways to show your love.

Kissing is one of the universal acts of showing your love. You, me, he or she, or anyone of us would have receive or give kisses at some point in our life.  A kiss can be placed at any part of the body.  It can be on your lips, cheek, forehead, hand or anywhere you can imagine.  Hmm.... may not want to be too detailed here... hehehe.

Everyone would know that there are so many types of kisses.  Some of the examples are the very famous French Kiss, the normal Lip Kiss, the Earlobe Kiss and the Air Kiss.  The special kiss for me would be the Forehead Kiss.  To me the kiss on the forehead is a sign of affection and respect. It is also a sign of adoration, gratefulness, compliment, and a sign of love. Not much of a sexually kind of kiss.

It is easy to comprehend when a mother kisses her children on the forehead.


Forehead kiss is much gentler, thoughtful and meaningful.  It means the kisser wants to care for you and protect you.  Try it.  The respond is different.  The feeling is different.  It goes straight to your heart!

I chatted with my dear friend ( you know who you are) on forehead kiss 3 - 4 months back.  What does it mean , what does it reflect?  She is engaged to the kisser now.  Alleluya!

So my love..... kiss me on the forehead!




Monday, July 15, 2013

I fren u, u fren me. Can?


Dedicated to new found friends....

 Let us be grateful to people who make us happy, 
they are the charming gardeners who make our souls blossom.
 Laughter is not at all a bad beginning for a friendship, 
and it is far the best ending for one.

Check out their blogs under Sarawak Bloggers to RWMF2013 -------------- >
Peace and friendship with all mankind is our wisest policy, 
and I wish we may be permitted to pursue it.

Friday, July 12, 2013

Cucur udang ada udangnya, cucur badak mana badaknya?


Soalan yang selalu menghantui fikiranku setiap kali bulan Ramadan.
Cucur badak selalunya muncul dalam bulan puasa.  Hari-hari yang lain susah nak dapatkannya.

Cucur udang ada udangnya, cucur badak mana badaknya?
(photos from rasamalaysia.com)

cucur udang 






Cucur udang we knowlah memang ada isi udang dicampurkan dalam adunan.  Sometimes sekor dua ekor udang diletak atas cucur bila digoreng.  Dimakan bercicah sos memang sedap.





cucur badak  

  


This is how cucur badak looks like..
BUT, cucur badak where is the rhino? the badak?
Isi badak pun tak da.  Rupa badak pun tak da.  Lagi pelik ada udang atas cucur!










Coretan kerana teringin nak makan cucur badak dan kuih kole kacang sebenarnya.
Selamat berpuasa.




Tuesday, July 09, 2013

Saya jual, kalau sudi awak belilah!



  Ikan terubuk segar dan bertelur mahal harganya
Membuat Sarawak terkenal kerana kewujudannya
Superman dah sedar dan malu akan kesilapannya
Kini tak pakai seluar dalam di luar lagi da (Man of Steel)

 Sambal belacan dan timun tak dapat dipisahkan
Berulam salah satu amalan permakanan yang sihat
Cuaca kemarau dan jerebu tak dapat dielakkan
Sekarang dah dikurniakan hujan rahmat

Cili, ikan bilis dan belacan
Tiga sekawan tak dapat dipisahkan
Menjelma lagi bulan Ramadan
Bulan yang mulia penuh dengan ujian

 Mee bandung Muar sarapan ku tadi
Enak dinikmati bersama teman
Bazaar ramadan kembali lagi
Puaslah nanti melayan nafsu makan

 Dalam kuali bukannya periuk
Ketam masak cili bertelur menjadi pujaan
Orang berpuasa kita pun nak sibuk
Sibuk ke bazaar ramadan mencari santapan


Burger diolah mengikut citarasa
Lebihkan sayur bertambahlah zat
Aku mengucapkan selamat berpuasa
Buat teman dan taulan yang jauh dan dekat

 Donut gebu pilihan si dia
Jangan pula terlebih gula
Bila berbuka makan sedang-sedang ya
Kesihatan badan perlu dijaga

Ini bukan donat tapi tayar kereta
Selamat menjalankan ibadah puasa!!

(Gambar-gambah di atas adalah dari koleksi gambar makanan saya di Instagram.)



Monday, July 08, 2013

Berlunjur kaki


Berlunjur kaki adalah duduk atau baring dengan posisi kaki yang lurus atau merentang.  

Kenapa berlunjur kaki?
Satu, nak merehatkan badan lah kan.
Dua, bila tak boleh nak duduk bersimpuh coz keadaan badan yang montok dan gebu yang tidak mengizinkan.  Kalau cuba jugak, pasti kaki atau peha akan kebas...hehehe

Kita pernah pergi kenduri kahwin, part nak duduk tu lah azab.  Kalau boleh cari tempat duduk yang dekat dengan dinding, then duduk bersandar dengan kaki berlunjur.  Make sure kakimu harum dan wangi...hihihi.  Lagi best kalau pergi kenduri tu terus ngadap meja makan.  Fuhhh.... lega.

Aksi berlunjur kaki kita masa menyaksikan persembahan kumpulan dari Afrika Selatan dalam bengkel interaktif di RWMF2013 di kampong Budaya Sarawak.
Apasal pula nak cakap pasal berlunjur kaki ni?
Kita nak berkias nak cakap minggu ni kita boleh tenang sikit. 
Berlunjur kaki equals to relax, no tension maksudnya.

Sshhhh..... bos kita pergi bercuti.

I is aman and tak tension nak turun kerja tiap pagi.
Tak perlu risau nak fikir apa nak update bos pagi-pagi.
Tak perlu risau assignment yang disuruh dah buat ke belum.

WALAUPUN bos kita telah meninggalkan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dalam minggu ini.
Tak pe... kita jalankan tugas dengan wibawa.  Pelan-pelan sebab expect no mistake, if possible.

Ada pepatah melayulah pasal berlunjur kaki ni. 
'Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.'
Maksudnya berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
Tapi sanggup tak sanggup, kalau dah tanggungjawab kena buat juga lah ya.


   
Was waiting for my darling to fetch me.... at a bus stop.






Friday, July 05, 2013

Rainforest World Music Festival 2013 (RWMF2013): Bengkel Interaktif Tanpa Batasan (Bahagian 2)


Pihak penganjur iaitu Lembaga Pelancongan Sarawak telah bekerjasama dengan operator pengangkutan awam untuk menguangkan kesesakan lalu-lintas menuju ke lokasi festival tersebut.  Bas-bas telah disediakan di poin-poin tertentu di bandar Kuching untuk membawa pengunjung-pengunjung ke lokasi festival dengan tambang berharga RM15.  Bas-bas beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.30 pagi.  Bagi mereka yang memandu kereta, mereka hanya dibenarkan memandu sehingga One Hotel Santubong dan meletakkan kereta di perkarangan hotel.  Dari situ, van-van akan membawa pengunjung ke lokasi festival dengan tambang RM5 sahaja.

Bengkel interaktif yang dianjurkan dalam setiap Rainforest World Music Festival adalah sangat popular di kalangan pengunjung-pengunjung festival tersebut.  Apa taknya, para penonton atau hadirin diajak sekali menari atau menyanyi atau mencuba bermain alat-alat muzik yang diketengahkan.

Pada hari berikutnya, seperti biasa bengkel-bengkel tersebut diadakan di dalam Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Teater.  Kampong Budaya Sarawak sangat meriah dengan kunjungan tetamu luar negara dan tempatan untuk tempoh 3 hari berlangsungnya festival tersebut.

Untuk hari kedua dan ketiga, 9 kumpulan telah mengetengahkan persembahan mereka setiap hari tersebut di tiga lokasi berlainan, iaitu 3 persembahan di setiap tempat, Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Teater.  Antara kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan dalam bengkel pada hari kedua dan ketiga adalah Kila (Ireland), Lan E Tuyang (Sarawak), Palsandae: Korean Performing Arts (Korea), Rhythm in Bronze (Malaysia),  Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afika Selatan), Chet Nuneta (Perancis), Pine Leaf Boys (USA) dan Spiritual Seasons (Ukraine).

Teater
Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
 Kumpulan Rhythm in Bronze (Malaysia)

Kumpulan ini mempersembahkan muzik gamelan dan permainan alat muzik gong.  Mereka memainkan lagu-lagu kontemporari dengan alunan alat muzik tradisional.  Kumpulan ini telah banyak memenangi anugerah muzik anatarabangsa antaranya, "Best Music Concert" di Boh Cameronian Arts Awards 2004.
Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
  Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afika Selatan)

Kumpulan ini pula mempersembahkan tarian darr benua Afrika oleh pahlawan yang badannya penuh dengan lukisan-lukisan dan kaum wanitanya.  Mereka juga menunujkkan bagaimana bermai alat muzik yang diperbuat dari kayu dan hasil kerja tangan mereka sendiri.

Rumah Panjang Iban

Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
 Lan E Tuyang (Sarawak)

Kredit foto: Lembaga Pelancongan Malaysia
 Kumpulan Penari Kampong Budaya Sarawak

Dewan Lagenda

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afika Selatan)
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Palsandae: Korean Performing Arts (Korea)

Saya sangat terharu melihat sambutan dan respon dari para penonton.  Penonton yang datang dari jauh dan dekat, luar negeri dan tempatan beramah mesra sesama sendiri semasa menyaksikan persembahan dari kumpulan-kumpulan tersebut.  Mereka mungkin datang berkumpulan atau bersorangan. Tiap kali ajakan dan pelawaan dari kumpulan yang membuat prsembahan untuk mereka bersama-sama menyanyi dan bermain alat muzik tidak pernah ditolak atau diabaikan.  Orang yang tidak dikenali di sebelah kiri, kanan, depan atau belakang mereka akan dijadikan teman menari bersama.  

Gambar di bawah menunjukkan para penonton dari perlbagai negara dan bangsa bersama-sama menari tarian kaum Bidayuh dengan kumpulan penari dari Kampong Budaya Sarawak.
Begitu juga pemandangan di Dewan Lagenda yang sentiasa penuh dengan para penonton.  Mereka boleh secara spontan menubuhkan kumpulan menari masing-masing dalam masa singkat dan seterusnya menari bersama-sama dengan penuh riang dan gembira, tapi dengan kesopanan.


Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi yang muzik memang boleh menyatukan umat manusia.  Alangkah baiknya jika perkara ini diamalkan oleh setiap manusia yang hidup di bumi ini.  Hormat dengan kebudayaan orang lain dan cuba mempelajari dan memahami mereka walaupun kita tidak perlu mengikut dan mengamalkannya.

Lihat saja keasyikan para penonton menyaksikan persembahan.  Adakalanya mereka berjabat tangan dan berpelukan sesama sendiri kerana gembira dapat bertemu semula di festival yang sama untuk kesekian kalinya.  Malah ramai yang telah berinteraksi melalui Facebook untuk mengatur perjumpaan dan berkumpul untuk sama-sama berkunjung ke festival ini. 

Jika bengkel-bengkel interaktif diadakan pada sebelah tengahari, konsertnya pula diadakan sebelah malam mulai jam 7.30 malam.  Festival ini diadakan setiap tahun dan tarikh untuk tahun hadapan telah dimaklumkan iaitu dari 20 hingga 22 June 2014.  Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.


Wednesday, July 03, 2013

Rainforest World Music Festival 2013 (RWMF2013) - Bengkel Interaktif Tiada Batasan (Bahagian 1)


Kredit foto: Lembaga Pelancongan Sarawak

Rainforest World Music Festival edisi yang ke 16 telah pun berakhir.  Tahun ini ianya diadakan lebih awal sedikit untuk menghormati bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.  Bahang kehangatan dan kemeriahannya masih terasa, terutamanya saya.  Inilah kali pertama saya berkunjung ke festival yang berprestij ini walaupun telah bertahun lama ianya diadakan.  Cuma di Kuching dan bukannya di negeri lain pun, iaitu Kampong Budaya Sarawak.  Selama ini saya hanya mendengar cerita dari kawan-kawan dan membaca melalui media cetak.

Festival kali ini telah berlangsung mulai 28 sehingga 30 Jun 2013.  Ianya merupakan edisi yang ke-16.  Rainforest World Music Festival telah memenangi banyak anugerah peringkat anatarabangsa.  Antaranya adalah terpilih sebagai salah satu tempat dalam 'Top 25 Best International Festival 2013' untuk keempat kalinya.  Yang terbaru, festival ini telah dianugerahkan 'BrandLaurette Country Brand Award 2012-2013'.  

Anugerah sebeginilah yang telah memacakkan Sarawak dalam peta perlancongan dunia!

Festival ini sangat unik.  Ia telah sentiasa berjaya menyatukan ahli-ahli muzik peringkat antarabangsa dari seantero dunia dengan para pemuzik tempatan dari pendalaman kepulauan Borneo.  Malah, ia juga telah mempertemukan peminat-peminat muzik dari segenap pelosok dunia untuk berkumpul dan menghayati keindahan muzik dari benua, negara, bangsa dan kebudayaan yang berlainan.

Festival yang berlangsung selama tiga hari ini dibahagikan kepada dua komponen.  Pertama, di sebelah petang untuk tempoh tiga hari diadakan bengkel yang sangat interaktif, sesi 'jamming' dan konsert mini.  Sebelah malamnya pula diadakan persembahan di pentas utama yang merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh penonton yang datang dari jauh ataupun dekat.
Kredit foto: Lembaga Pelancongan Sarawak
Lan E Tuyang - Ikon Rainforest World Music Festival

Tahun ini seramai 21 kumpulan yang terdiri daripada 13 kumpulan pemuzik antarabangsa dan 8 kumpulan muzik tempatan membuat persembahan.  Senarai nama penghibur atau kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

1.  Gema SLDN-SCV (Sarawak, Malaysia)
2.  Maya Green (Sarawak, Malaysia)
3.  Lan E Tuyang (Sarawak, Malaysia)
4.  Madeeh (Sarawak, Malaysia)
5.  Native Chanting (Sarawak, Malaysia)
6.  Juk Wan Emang (Sarawak, Malaysia)
7.  Shangyin Chinese Chamber Music Ensemble (Sarawak, Malaysia)
8.  Rhythm in Bronze (Malaysia)
9.  Mohsen Sharifian & The Lian Band (Iran)
10.  Chet Nuneta (Perancis)
11.  Rey Vallenato Beto Jamaica (Columbia)
12.  Kries (Crotia)
13.  Kila (Ireland)
14.  Dizu Plaatjies & Ibuyambo Ensemble (Afrika Selatan)
15.  Alp Bora (Austria)
16.  Palsandae: Korean Performing Arts (Korea)
17.  Habadekuk (Denmark)
18.  Spiritual Seasons (Ukraine)
19.  Nunukul Yuggera (Australia)
20.  Pine Leaf Boys (USA)
21.  Rafly Wa Saja (Indonesia)

Bengkel interaktif bermula jam 2.00 petang sehingga 4.45 petang dan diadakan dalam tiga lokasi berasingan dalam Kampong Budaya Sarawak iaitu Rumah Panjang Iban, Dewan Lagenda dan Teater.  Dalam setiap lokasi, tiga sesi persembahan dari tiga kumpulan berlangsung selama 45 minit setiap satu.

Pada hari pertama, saya telah mengikuti bengkel interaktif oleh kumpulan dari Iran, Mohsen Sharifian & The Lian Band di Dewan Lagenda.  

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Para penonton disajikan dengan nyanyian dan tarian yang unik daripada masyarakat di selatan Iran.  Bukan hanya menonton, para hadirin telah diajak bersama-sama untuk menari.  Ahli kumpulan tersebut telah mengajar langkah-langkah tarian berkenaan dahulu, dan ramai hadirin yang secara sukarela menggoyang badan mengikut rentak tari dan irama muzik.  

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Seterusnya, saya melangkah ke Rumah Panjang Iban di mana acaranya adalah persembahan 'Songs my mother taught me', dari pelbagai ahli kumpulan yang datang dari perbagai negara termasuk wakil dari Sarawak. 


Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Sungguh merdu dan mengasyikkan.  Para penyanyi telah berinteraksi dengan begitu mudah sekali, sahut-menyahut menyanyikan lagu mereka dan seolah-olah mereka telah lama berkenalan.  Terdengar gelak ketawa mereka dan tepukan para penonton menceriakan suasana di ruai rumah panjang itu.

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Bengkel interaktif  yang saya hadiri seterusnya adalah persembahan tarian oleh kumpulan peribumi Australia iaitu, Nunukul Yuggera.  Mereka mempamerkan keunikan cara hidup, agama dan lagenda puak mereka dalam persembahan tarian.  Tarian mereka sungguh hebat, bertenaga dan menghiburkan untuk ditonton. 

Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Ramai penonton yang tak tahan mendengar rentak muzik yang mengasyikkan telah tanpa segan-silu menari bersama-sama.
 
Kredit foto: ophephotography.blogspot.com
Negara kita yang aman dan makmur telah memberi keyakinan kepada pelancong-pelancong dari luar negara untuk kembali ke Bumi Kenyalang setiap tahun.  Tiada batasan dari mana asal kamu, apa bangsa kamu, apa status kamu dan beza warna kulitmu.  Muzik menyatukan kita!